Saturday, April 23, 2011

Susu ILHAM FAQ

Assalamualaikum wbt,


Saya menerima banyak pertanyaan tentang Susu ILHAM..so berikut adalah FAQ(Frequently Asked Questions) with answers.
*Kredit to Kak Ainul for asking the first 3 questions, my fellow Jalinan members, Ebunda Admin and para penanya soalan :)


1. Dari mana syarikat mendapat bekalan susu utk memproses & menghasilkan susu Ilham? sbb skang ni mcm2 berlaku. sumber susu dicampur dgn melamine (spt di China etc).sya sekarang menggunakan susu anmum sbb sya yakin sumber susu tu (dr New Zeland).so minta penjelasan saudara.
Susu ini berasaskan susu lembu yg di import dari New Zealand. Untukpengetahuan encik, susu lembu yang terbaik didunia adalah dari negara NewZealand dan kami gunakan 100% susu bukan perasa susu.


2. Susu Ilham ada dijual di pasaraya atau bagaimana?
kami baru merancang untuk masuk ke pasaraya MYDIN. sekarang kamipasarkan melalui online dan pengedar.(setakat ni belum ada di mana2 pasaraya, tapi ada di sesetengah halal Mart)


3. erm..skang ni mcm2 produk yg dijual berdasarkan proses IMP. tp sya agak ragu sedikit. betulker benar2 mengikut IMP? sbb kalau permintaan tinggi, sudah tentu penghasilan akan tinggi, dan boleh ker kilang adapt dgn situasi begitu (masih mencari pekerja yg tahu baca quran etc). lagi satu, boleh ker kalau customer nak dtg terus ke kilang susu ni? selain boleh tgk betul2 proses pemprosesan susu Ilham, boleh terus beli sajer produk susu ni.
Produk kami adalah dibawah produk makanan dan pihak kami telah mendapatkelulusan daripada Lab bahagian makanan Kementerian Kesihatan. Semuakelulusan Lab kami pamerkan label pada tepi kotak bahagian fakta nutrisidan syarikat kami juga tiada masalah dari segi kesihatan kerana makananyang terkandung di dalam susu ini adalah badam+kurma+kismis yang manasemua bahan-bahan tersebut amat baik dan berkhasiat sama ada terhadapkanak-kanak mahupun orang dewasa.


Cara prosesnya,sebelum susu dibawa ke kilang,10 orang ustaz tahfizkelulusan dari Subra, Mesir akan melakukan terapi Al-Quran 30 juzuk itu,dimana setiap orang ustaz akan menggunakan tinta zaffaron di atas piringputih dan di bahagi-bahagikan juzuk kepada setiap orang dengan masa yangdiambil 1 bulan 1/2 - 2 bulan untuk disiapkan. Semasa proses ini jalankan,ustaz-ustaz ini akan membaca dan menulis. Selepas siap akan di masukkansekali bersama-sama susu untuk dicampurkan bersama badam+kurma+kismis.Semasa di dalam kilang, akan dibuat bacaaan surah-surah terpilih sepertisurah lokman+mariam+ibrahim secara live. Sebelum pekerja memulakan kerjasemua akan diwajibkan mengambil wuduk terlebih dahulu dan akan dibacakandoa terlebih dahulu sebelum pekerja-pekerja memulakan kerja.


Semasa prosessusu sedang dijalankan akan dipasang cd bacaan ayat-ayat Al-Quran, iniuntuk kita dapatkan qualiti produk dari segi rohani dan jasmini akanterhasil apabila pengguna menggunakan produk kami keran sudah terhasilyakin bersih & suci dan barokah. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan semuapekerja kami adalah muslim.Semasa didalam kilang semua pekerja sudah maklum akan product ini dan darisegi pengantaran dari kilang ke pejabat kami dilakukan olehpekerja-pekerja kami sendiri.


Kami juga membuat beberapa langkah untukmenjaga kualiti produk dari permulaan sehingga dihantar sampai kepelanggan dimana kami akan melekatkan stiker supaya Jgn Dilangkah produkkami untuk memberitahu kpd pihak courier.Alhamdulillah sehingga hari ini ramai pelanggan kami berpuas hati denganhasil dan mereka dapat lihat perkembangan anak-anak yg positif danlebih-lebih lagi 1 keluarga kerana ramai yg menegur perubahan anak-anakdan org yg meminumnya.


4)kenapa susu ILHAM ni disyorkan penyusuan 3 kali sehari sahaja? Ada apa2 side effect tak kalau diambil lebih dari 3 kali?
Yang itu adalah yg disyorkan sahaja tapi sebenarnya kalau untuk anak2 bolehminum seperti biasa ikut kehendak mereka, side effect dia tak da.. evenada few customer yg anaknya minum selang 3 jam.

5)boleh tak dicampurkan susu ILHAM ni dengan susu biasa (semasa> membancuh)?
Dicampurkan dgn susu lain kami tidak galakkan


6)Boleh tak diselang seli penyusuan susu ILHAM dengan susu biasa?
Kalau diselang selikan boleh ini bagi yang bermula nak minumsusu ilham atau yang nak budget. Tapi kalau seboleh2nya minum secaraberterusan untuk tengok perkembangan yg lebih sihat dan positif.


7)Boleh tak baby umur 7 bulan minum susu ILHAM?

Susu ILHAM 1-3 tahun boleh diminum oleh bayi berumur 6 bulan ke atas, insya Allah.

OK tu je, for those interested kami masih menawarkan susu ILHAM dengan promotional price. Contact me for more info :)

*updated in 2013 - sorry I need to say that I did not restock Susu Ilham for quite some time due to some reason.. while you may contact other reseller or get it from the HQ itself. Sorry for inconvenience and keep on supporting the product

Monday, April 18, 2011

Quick Tips : F1 Sepang Circuit

*updates with pictures


Lotus cars turut memeriahkan parking lot (antara penyebab full parking)




Last two weeks, suddenly I found myself in the middle of the crowd in Sepang Circuit. Yes, Ladies and Gents, I was asked by Encik A to follow him to entertain a delegate from his project to watch F1! I never dream to attend such session, as curious as I was, I know i won't tolerate the crowd,heat,humidity and the awful noise just to watch an average 300km/h flat cars racing past you. But, if the offer comes with a free VIP ticket- grandstand seat, free meals and F1 kit (consists of a corporate t shirt, a cap, ear plug etc) and most importantly a dedicated driver (we have to act as chaperon to a delegate remember?), this is an offer you can't simply resist. I mean, what else you can ask for?


Getting ready : Mc Laren Team


lhamdulillah on that day, the weather was with us. It was still humid though, but neither hot-scotched sun nor heavy rain accompanied us.. OK straight to the point, I just wanted to share some tips incase you plan to go for one next year.I? kalo tiket free lagi boley la, haha.



View from grandstand.


Lihatlah gadis litar berkain labuh bukan lagi ber mini skirt.Alhamdulillah, next time takyah belah ye.Pastu next2 time pakai tudung plak.


0) First and foremost, please look at your ticket and identify which gate you need to get into. Sama ada K1 ke, atau kalau seat you Diamond,Emerald,Topaz segala tu kat entrance lain.


1) Earplugs/earmuffs are ESSENTIAL. Kalau you all ada earmuff yang cam headphone tu yang slalu pakai kalau gi plant/offshore lagi bagus.. bawak je kalau tak pecah la gegendang telinga. Bising sangat! Lagi bagus kalau ada headphone siap radio receiver to hear the commentator. Kalau susah nak cari takpe, kat dalam tu banyak dijual. Macam I tak kesah I bukan tengok sangat pun, sebok tengok2 VIP sape yang datang pastu excuse jap gi solat, amik makanan dan walah, dah lap ke 45? keke


2) Don't leave behind your usual life savers - umbrella,sunglasses,long sleeve shirts(takut panas.. dan tutup aurat, oops!), kipas tangan, etc

3) Surau disediakan di dalam, sangat besar dan selesa. TETAPI harus diingat, sila bawak telekung/socks/your prayer essentials. Sejadah pun takde ok.


4) Takleh bawak mineral water, dia check macam kat airport tu. Dont worry there's plenty of food stalls inside to choose from, yang caterernya bukan calang2 you. Ada coffee bean, auntie anne's just to name a few. Oh ye satay kajang pun ada, jangan memain.



Dah habis, kereta kena beratur. Btw this time around Sebastian Vettel yg menang. Dan racing agak bosan sebab good weather, takde kereta terbang dan sebagainya.OK jerr semua.Boring!

5) Kalau bawak keta sendiri (ni tahap degil melampau, orang suruh naik shuttle kat Nilai takmo!)and nak balik cepat, sila parking belah kanan arah nak balik ke KL, bukan yang ke LCCT. Kerana jem terlampau amat dahsyat terutama masa nak keluar.. cam we all haritu sejam setengah dalam keta untuk perjalanan sampai ke roundabout masjid KLIA jer.


Bersurai (sambil cari beverages yang dilelong half price serta official F1 merchandise)

See you in 2012! (if I get free ticket, that is)


6) Akhir kata, sekiranya dah terperangkap dalam kesesakan terlalu lama tu bolehlah singgah di masjid KLIA untuk bersolat Maghrib.


Sekian, kesimpulannya tak salah di sisi agama pun kalau pergi tengok F1 tapi pandai2 la bawak diri. Pakai tutup aurat, solat jangan tinggal :)

Wednesday, April 13, 2011

Susu ILHAM

Assalamualaikum warah matullah,
Dear Lovely Ladies/ Mummies/everybody,
Just nak share satu produk susu tepung yang bagi saya sangat bagus dan sayang nak simpan sorang2.Excited sangat dengan produk yang satu ni!! Pernah dengar tentang Susu ILHAM?
Susu ILHAM ni diformulakan bersama makanan sunnah i.e. kurma dan kismis serta ginkgo biloba dan maca..semuanya merupakan buah/herba yang sangat berkhasiat.Susu ni jugak menggunakan kaedah pengilangan secara Islamik (Islamic Manufacturing Practice) yang dilengkapkan dengan terapi bacaan 30 juzuk Al Quran..untuk maklumat lanjut boleh buka website dia ye,www.ilham4u.com :) Sejak first time baca pasal produk IMP dalam satu majalah sebelum ni, saya selalu cuba nak cari produk2 IMP sebab sgt appreciate cara pembuatannya yang kelihatan agak `impossible' i.e. semua staff solat 5 waktu, baca doa dan ambil wudhu' sebelum manufacture,staf tak bercampur lelaki/perempuan, etc tapi berjaya dilakukan.
Alhamdulillah last week saya sempat pergi ke MIHAS untuk berjumpa sendiri dengan Pengarah Urusan Ebunda Sdn Bhd (pengeluar Susu ILHAM) Pn Sofiyyah Arshaf untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ni. Saya turut mencuba susu nie walaupun di kotaknya tertulis untuk 4-7 tahun.Rasanya memang sedap! Rupanya susu ini boleh diminum oleh pelbagai peringkat usia, bukan sampai umur 7 tahun jer.. Untuk next batch mungkin mereka akan improve kotaknya menjadi `untuk 4 tahun ke atas'. Jadi instead of minum Anlene/HiGoat/Dutch Lady hari2, sekarang saya dah minum susu ILHAM J
Selain anak2, orang dewasa pun boleh minum tau, especially untuk pregnant ladies(ada kismis, badam & kurma untuk kesihatan ibu & perkembangan baby), breastfeeding mommies (sebab kurma boleh banyakkan susu) dan juga para penggemar susu seisi keluarga (Hehe kecuali untuk baby bawah setahun tak boleh ye, sebab kita sokong susu ibu :). Psst... salah satu kandungan susu ni adalah Maca.. boleh surf internet tengok khasiat Maca antaranya adalah meningkatkan kesuburan :) Mungkin boleh berikhtiar juga dengan cara ni kan?
Ramai jugak university students and even non-Muslims parents yang beli susu ni sebab khasiatnya yang banyak. Selain untuk jaga kesihatan kita juga boleh niatkan untuk mengikut makanan sunnah Rasulullah s.a.w. Mungkin immediate impact(nak anak terus mendengar kata, duduk diam2 dengar je cakap ibu, etc) itu bukanlah priority tetapi keberkatan makanan sunnah dan terapi Al Quran itu lebih perlu bukan? :)
If interested, me n my friend pun jadi dealer utk produk nie..(ok sangat excited sampai jadi dealer terus!!hehe) introductory offer as below :
1) 1 kotak : RM48.90 (harga pasaran)
2) 2 kotak ke atas : RM47.00 sekotak
3) 5 kotak ke atas : RM45.00 sekotak
(introductory offer sampai hujung bulan nie je… J)
FYI ada 3 jenis susu ILHAM (semuanya 1 size je, 650g/box) :
1) untuk 1-3 tahun
2) untuk 4-7 tahun (4 years above)- VANILLA
3) untuk 4-7 tahun (4 years above)- COKLAT
Free delivery (COD) in KLCC, Datuk Keramat dan Taman Melati area :) 
Towards healthy and sunnah-aligned lifestyle :)

*updated in 2013 - sorry I need to say that I did not restock Susu Ilham for quite some time due to some reason.. while you may contact other reseller or get it from the HQ itself. Sorry for inconvenience and keep on supporting the product

Monday, April 04, 2011

Ayah.

Ayah.
Tak ramai yang menghargai ayah lebih daripada menghargai ibu.Ya memanglah hadis Rasulullah sendiri mengutamakan ibu berbanding ayah, tetapi bukanlah bermaksud peranan ayah boleh diketepikan.. macam yang kita sering buat, kita selalu telefon ibu berbanding ayah, apa2 masalah kita cerita kat ibu dulu baru ayah..sampai selalunya ayah tanya pasal kita kat mak, bukan kat kita sendiri sebab dah banyak cerita ngan mak kita jadi malas nak ulang benda yang sama kat ayah. Tanpa sedar itu yang sering saya lakukan, padahal dulu kalau birthday atau nak minta sesuatu sibuk la mengendeng kat ayah sebab ayah lagi banyak duit.Huhu
Waktu saya menghadiri training dua minggu lepas, ada modul yang suruh peserta menceritakan apa peristiwa yang paling berbekas dalam hati dan menjadi turning point dalam hidup.Peristiwa itu perlu diceritakan kepada seluruh kelas. Dan ada satu peristiwa ni yang segar sangat dalam ingatan saya dan antara peristiwa paling penting dalam hidup yang berkaitan dengan abah.
Selepas saya grad, sementara nak tunggu company pemberi biasiswa panggil untuk lapor diri, saya bosan di rumah dan mula bekerja di sebuah manufacturing company.Atau nama tak glamernya kilang. Kilang ni high-tech dan sangat mengujakan young engineers seperti saya pada masa tu, dah la baru grad kan tak sabar2 nak apply kan technical knowledge yang dipelajari(kunun).Makin lama di sana, saya dapat ramai kawan dan semakin seronok kat sana. Kebetulan masa tu sentimen membenci company pemberi biasiswa sangat tebal, mungkin sebab kena bond 10 tahun kot. Dahlah lambat panggil bekerja, macam nak taknak je kita nie. So saya pun enjoy myself, dapat kawan2 budak2 cina yang tak reti cakap melayu tapi diorang best.Asik2 jalan2 cari makan pastu pandai lak cari tempat makan halal sebab saya join sekali. Siap sempat roadtrip ke Melaka bagai waktu kami kena forced leave sebab kilang shut down for maintenance. Ye, forced leave adalah wujud di dunia ini kawan2.Sangat takbest.Selain tu company ni ada special programme yang dia hantar kitorang pergi training technical and leadership skills setiap minggu dalam masa 3 bulan, fuishh best gila la gi hotel training2.Rasa macam orang penting jer.
Sampai satu tahap saya rasa seronok dan cakap ngan Abah `saya taknak kerja ngan syarikat pemberi biasiswa, saya nak kerja kat kilang nie.tambahan plak diorang boleh nego nak minta release dari kontrak kalau saya betul2 berminat kerja dengan diorang'. Abah nampak tak setuju dan dia tau kalau dia cakap saya akan bangkang terus.Biaselah darah muda dan keras kepala (sindrom second child,standard la gini). Pastu reaksi abah macam ala2 `Ok fine'.So perbincangan terhenti di situ.
Pastu dalam bulan 4 saya dapat tawaran dari syarikat pemberi biasiswa. Sebab saya tengah bekerja, saya minta delay 2 bulan sebelum lapor diri.Dalam hati dah fikir2 camne strategi untuk taknak kerja dengan syarikat pemberi biasiswa. Tapi saya cakap juga kat Abah saya dapat tawaran ni.Masa tu tengah makan malam kat luar.Abah dengan selamba cakap `Abah tau dah'.Saya terkejut.`Mana abah tau?'.`Sebab 2 minggu lepas Abah dah pergi sendiri kat Level63 company pemberi biasiswa dan diorang cakap adik dapat placement.Abah cakap adik terima tawaran tu' lebih kurang camni Abah jawab.
Masa tu saya marahhhh sangat dengan Abah, sebab saya dah bekerja pun Abah masih nak menentukan arah hidup saya. Kenapa Abah perlu interfere sampai macam tu sekali, siap contact sendiri syarikat pemberi biasiswa tanpa pengetahuan saya?Saya ni bajet independent la kononnya, start gosok baju sendiri dari darjah dua tau.Saya tak suka orang lain yang buatkan decision,rasa diri lemah (mungkin ego yang menggunung?). Sepanjang makan tu saya menangis dan tak bercakap ngan Abah berhari2 jugaklah. Saya sedih sangat Abah masih nak masuk campur dalam urusan kerja dan hidup saya (wah bajet dah besar sangat lah kan statement macamtu).
Dipendekkan cerita, saya masuk kerja jugak di syarikat pemberi biasiswa. Walaupun tak buat kerja engineer sejati tapi Abah tak kisah. Saya ikut je lah bukan boleh buat apa pun.Tapi deep down saya tak kisah pun kerja kat ofis, kerja engineer buek ponek badan je and tak dapat la maintain ayu.Haha no offense, engineers. Then, looking back after 2 years, saya percaya itu antara keputusan terbaik yang Allah takdirkan untuk saya, dengan mengikut cakap ayah saya. Dalam masa 2 tahun macam2 terjadi. Kawan2 di tempat kerja lama satu persatu tinggalkan company tu for various reasons(dengarnya termasuk lay-offs).Tiba2 krisis ekonomi dan susah sangat nak dapat kerja dengan syarikat pemberi biasiswa saya ni.Sempat dapat bonus dan prestasi kerja agak baik,serta bos2 dan kawan2 yang best.Ada salary adjustment.Dah jadi macam among the most sought employer in the whole country(to colleagues, as much as we want to deny this, it is quite a statement.).Padahal dulu jual mahal sangat takmo kerja dengan dia. So, this proved the power of obeying my father's say.
Of course masa saya cerita kat kelas tu memang emotional gila.Siap suara tersekat2 sib baik tak hujan. Tapi saya teruja bila ada sorang kawan ni, masa feedback session last day, dia cakap dia terkesan dengan cerita saya sebab dia pun sebelum ni ada krisis gak ngan ayah dia.Lepas dengar cerita saya, malam tu dia sit down dan have dinner with his father and chat for long hours. I was so touched by that. So nampak tak, touching people's heart made me felt touched inside.. and from that training onwards I tried to become supernice with my Dad. I sat with him during dinner (biaselah kaum ibu selalu berdiet, aku je makan ngan Abah dua orang), I don't cut his sentence anymore, I dengar semua pendapat, nasihat dan cerita dia walaupun rasanya dah pernah dengar 10 kali huhu.Pastu first night I buat camtu, tetiba Abah hadiahkan I hand luggage Arnold Palmer. I taktau sebab dia perasan I'm being nice to him pada malam itu ataupun itu hanya kebetulan.At the end, I happy Abah pun happy.Tengok last2 mesti nak gak kata ganti diri `I' hish tak konsisten btul anda nieh.
Kesimpulannya mudah, sayangi bapa anda dan hargai mereka macam you hargai ibu jugak, if not more.