Monday, April 27, 2009

Logik Etika Estestika

Logik
Etika
Estestika.

Tiga elemen ini merupakan aras tanda sesebuah karya seni itu bermutu atau sebaliknya, menurut Faisal Tehrani (FT) dalam majalah Muslimah keluaran Mei 2008.

Sebagai orang yang memperjuangkan karya seni sastera, beliau membincangkan tentang tiga elemen yang sangat kurang diterapkan dalam karya seni di negara kita, sama ada filem, drama, penulisan dan sebagainya. Tapi kali ini mungkin saya nak fokus kepada karya drama televisyen dan filem, sebab kalau masuk penulisan makin panjang hujahya.

Nilai pertama, logik. Kalau kita lihat memang banyak cerita yang dipaparkan di televisyen mahupun layar perak adalah tak logik. Bak kata FT, Ayat-ayat Cinta itupun tak logik. Sebenarnya nilai logik yang ada dalam sesebuah cerita itu turut membantu penghayatan penonton sekaligus mengaitkan dengan kehidupan realiti.Bukan hanya terperangkap dalam dunia fantasi yang entah apa-apa. Watak utama yang terlalu sempurna, kehidupan yang terlalu banyak kebetulan (baca:terlalu banyak!!), dunia yang hanya dipenuhi angan-angan dan yang jelita mesti akan berkahwin dengan putera raja dan hidup mewah, yang miskin pasti akan terperangkap dalam gejala sosial seterusnya menjadi perosak masyarakat. Memanglah tiada yang mustahil di dunia ni, tapi yang lebih penting apakah nilai yang boleh diambil oleh penonton (aundience’s take-away) di akhir cerita nanti?

Nilai kedua,etika. Ni amat kurang didapati dalam drama tv kita akhir-akhir ini. Asyik-asyik cerita skandal, putus cinta, korporat terlibat rasuah, gelap duit, bohsia, rebut suami orang dan sewaktu dengannya.Logik? Memanglah logik. Macam cerita Yasmin Ahmad, memang logik dan berlaku dalam masyarakat kita. Tapi perlu ke sisi itu yang ditonjolkan dalam filem, secara jujur dan telus, tanpa sebarang tapisan? Macam mana dengan penonton bawah umur, yang tak faham double meaning dan cheeky body gesture? Mungkinkah mak ayah mereka akan dibom dengan macam-macam soalan selepas tengok cerita macam ni. Pada fikiran mereka, mungkin budaya Melayu kita memang macam ni agaknya.

Kebanyakan cerita memang ada selitkan unsur-unsur keinsafan dan pengajaran buat jahat dibalas jahat pada penghujung cerita.Itu saya tak nafikan, tapi mungkin sikit sangat.. kebanyakan isi cerita lebih kepada yang berbentuk skandal dan sensasi. Cubalah bayangkan, kalau budak-budak kecil asyik disajikan cerita-cerita macam ni,lama kelamaan akan terprogram dalam otak mereka dan besar nanti macam nilah corak pemikiran mereka.Cita-cita nak jadi model, nak kahwin dengan orang kaya, nak jadi artis..

Nilai ketiga, estestika. FT kata estestika ni keindahan,nilai yang jadikan subah cerita nampak menarik dan bagus. Saya sendiri, sangat suka filem yang memaparkan shot alam yang cantik, dari sudut yang menarik dan peralihan plot yang kemas.Pendek kata, perfect cinematography (he art or technique of movie photography, including both the shooting and development of the film). Saya tak nafikan filem Yasmin memang cantik.. tapi sayang estestikanya ada, etikanya kurang.

Memang banyak filem dan drama sekarang, tinggi nilai estestika dan kurang nilai etika. Kalau filem `cantik’, maka mudahlah diangkat di festival filem dan menang anugerah filem dan drama. Tapi mana nilai sebenar sesebuah filem itu, kalau akhirnya penonton tak dapat apa pun. Sedikit pun tak bertambah nilai kemanusiaan, ilmu mahupun intelektual. Saya merasakan, dan mengharapkan orang-orang seni perlu lebih kreatif dan berfikiran jauh untuk menjadikan filem dan drama mereka mengasuh masyarakat menjadi lebih baik, bukannya tanpa impak. Jauh sekali menjadikan mereka lebih hanyut dengan dunia rekaan mereka. Mungkin saya boleh lihat lebih banyak program tv dan filem yang menepati konsep yang tiga ini, insya Allah.

Monday, April 20, 2009

Enjoying Allah's creation


At dusk, taken from the double skyscrapers in Kuala Lumpur.

Sunday, April 19, 2009

Anlene Concentrate

(malas nak amik gamba sendiri, ni ehsan afzanistrator.blogspot.com)
Whoever knows me personally, you all would know that I, being a self proclaimed health freak,am always promoting people at my age to consume milk, namely Anlene to avoid osteophorosis (excuse my spelling, please) when you are older. The powder form of Anlene is (for me) not as tasty as normal milk, but I managed to live with it anyway. But recently, they produce something that is much more better in taste, and higher in calcium content too.
To non milk lover (like me) but badly need some calcium supply in your body, I encouraged you guys to try this. Sangat sedap ok, tak rasa susu langsung, rasa vanilla! To milk (and vanilla) lover like Ci, you would love this to bits. Seriously. Its just that for this you need to pau your Mom more often, as it comes in mini packages of 125ml and priced around RM1.50 each.. hehe.
Sangat sedap! Cubalah untuk tulang yang kuat dan sihat.

Friday, April 17, 2009

Seindah bidadari syurga..

Sedikit perkongsian ilmu dari blog WP ladies
Antara pengisian yang dikongsi yang berpandukan buku tulisan ulama terkenal, Syeikh Mutawalli Sya’rawi bertajuk `Tazkirah Peringatan Hari Akhirat’ seperti berikut:

1) Orang yang paling banyak menerima ujian adalah orang yang telah mendapat Hidayah – sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya. Apabila kita telah mengetahui sesuatu hukum Allah itu dan masih lagi ingkar, maka dosa yang kita dapat lebih besar daripada orang yang tidak mengetahui

2) Ciri-ciri penghuni syurga:


I. Mulutnya sentiasa memuji Allah
II. Sentiasa beristighfar dan memuji Allah 70 kali sehari (seperti amalan Nabi Muhammad saw)
III. Salam penghormatannya adalah salam, penutup doa mereka adalah alhamdulillah
IV. Ahli-ahli syurga dan isteri-isteri mereka duduk di tempat teduh, menperoleh buah-buahan dan segala yang diminta
V. Allah dan malaikat memberi salam kepada ahli syurga
VI. Wanita penghuni syurga adalah isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya
VII. Rombongan pertama yang masuk syurga adalah seperti bulan purnama, yang kedua seperti bintang bergemerlapan dengan masing-masing dua isteri
VIII. Di syurga tiada yang bujang, semuanya berpasangan

3) Dalil-dalil yang dikongsi tentang ahli syurga :


i)Surah Yunus, ayat 10- percakapan ahli syurga
Maksudnya : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamin."

ii)Surah Al Zukhruf, ayat 87- Doa Nabi Yunus ketika ditelan ikan nun
Maksudnya : "..Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
( Digalakkan baca sewaktu bersolat hajat, sujud terakhir)

iii)Surah Al Baqarah, ayat 25- Ganjaran didapati ahli syurga
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.”

4) Dalil dan hadis kehebatan wanita :

i) Surah An Nisa, ayat 32
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”


ii) Sabda Rasulullah “ Wanita itu dikahwini kerana hartanya, keturunannya, paras rupanya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama”


iii) “Wanita yang berkat adalah wanita yang mudah dipinang, murah maharnya dan mudah rahimnya (mudah hamil)


iv) “Sebaik-baik wanita yang menunggang kuda dari kaum Quraisy adalah yang menyayangi anak kecilnya dan yang menhormati suaminya”


v) Jika wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suami maka pastilah dia masuk syurga


vi) Lelaki yang mempunyai anak perempuan dan mendidik anaknya dengan baik, maka anak itu akan menjadi pendindingnya dari azab api neraka


vii) “Kesenangan dunia yang paling baik adalah isteri solehah”

Thursday, April 16, 2009

Pesta Buku !


Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi!

pada

17-26 April 2009
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

dari surah Al Alaq, ayat 1 hingga 5 :
[96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

[96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

[96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

[96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

[96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


Personal Target :

1) Manikam Kalbu (FT)
2) Koleksi Pak Latip yang saya tiada - Umar Al Khattab, Abu Bakar Sahabat Sejati, Hikayat Amir Hamzah 1,2,3 (mengikut bajet di poket)
3) Original version of Slumdog Millionaire -apakah nama dia? tak ingat dah

Wednesday, April 15, 2009

English ke Bahasa Melayu?

Sebenarnya ni isu tentang PPSMI. Tapi saja taknak letak tajuk PPSMI sebab bosan dan macam dah muak (tapi tulis juga kan). Dah berzaman orang berdemo pasal PPSMI ni baru saya nak komen kan? Itulah, pada mula lagi sejak PPSMI ni timbul, saya tak faham apa relevannya. Tapi kerajaan terus melaksanakannya. Rasanya saya mula perasan pun masa adik saya ambil subjek EST (English in Science and Technology) dan cakap ramai kawan-kawan dia tak dapat A subjek tu. Lepas tu 2 tahun kemudian, tanya pula sepupu dia ambil tak EST, katanya cikgu cakap ni subjek tak wajib ambil. Pulak. Besar kemungkinan sebab takut peratus lulus dan rekod semua A (straight A’s) sekolah jatuh sebab ramai orang tak lulus EST.

PPSMI diperkenalkan kononnya supaya nak budak-budak pandai Inggeris, jadi bila bekerja lebih kompeten dan senang diterima syarikat multinasional.Tapi betul ke PPSMI ni jalan terbaik?

Saya memang tak sokong PPSMI, tapi saya sokong budak-budak belajar cakap bahasa Inggeris paling kurang masa sekolah menengah. Waktu sekolah rendah, bagi saya budak-budak ni baru nak belajar benda-benda asas. Ikutlah lidah (mother tongue) masing-masing, apa yang dibelajar di rumah, yang diajar oleh mak ayah (dan atuk/nenek/bibik?). Sebab tu sebelum ni selain sekolah Melayu, ada sekolah Inggeris, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Tapi kalau dah sendiri pilih, contohnya anak Melayu yang ibu bapanya masukkan ke sekolah Cina, memang kena ambil masa sikitlah untuk sesuaikan diri. Awalnya memang susah, tapi lama-lama dah biasa dan jadi senang. Budak-budaklah katakan, mudah sangat untuk terima pelajaran dan pengetahuan baru.

Fikir balik, bukankah konsep ni sama je dengan usaha kerajaan melaksanakan PPSMI? Supaya para pelajar sudah terbiasa dengan bahasa Inggeris sejak kecil dan penguasaan mereka semakin baik bila dah besar.

TETAPI, konsep orang Melayu masukkan anak ke sekolah Cina, atau orang Cina masukkan anak ke sekolah Melayu, mungkin relevan untuk yang di bandar. I would say orang di bandar tiada masalah untuk PPSMI, mereka yang memilih sendiri corak pembelajaran anak masing-masing, tak kisah bahasa pengantarnya Inggeris atau Melayu.

Tetapi macam mana dengan mereka yang tinggal di luar bandar? Anak-anak orang bandar mungkin dah biasa diajar oleh ibu bapa tentang terma-terma Sains, belajar asas Matematik, dan zaman sekarang, ramai ibu bapa dah melatih anak-anak kecil bercakap bahasa Inggeris (walaupun kadang-kadang bahasa Inggeris sendiri berterabur).

Anak-anak di luar bandar, bahasa pengantarnya majoriti masih lagi Melayu. Perkataan sains usah cakaplah, sangat jarang didengar. Matematik pun setakat kira pakai jari. Maksudnya asas sebelum masuk sekolah kurang kukuh, sebab tu la nak masuk sekolah darjah satu supaya cikgu boleh ajar. Tapi kalau dah cikgu ajar terus bahasa Inggeris, budak-budak ni kena mula dari kosong. Lebih teruk kalau cikgu tu pun bahasa Inggerisnya tunggang langgang. Ada sesetengah budak pula jenis malu bertanya pada cikgu, balik rumah tanya pada mak ayah. Sudah kalau mak ayah pun tak faham, macam mana tu?

Sebenarnya bagi saya, terpulang kepada cara ibu bapa mendidik anak-anak dan persekitaran anak-anak tu sendiri. Kalau dari kecil dah rancang nak didik anak cakap bahasa Inggeris, kita kenalah belajar juga supaya taklah ajar `home-made English' kepada anak-anak. Grammar kena betul, vocabulary kena banyak dan penggunaannya tepat.

Kita sering dengar ibu bapa sekarang ajar anak kecil kononnya nak cakap English, tapi Englishnya sepatah dua je. Contoh macam `Come, come. Eat,eat’ bila nak suruh anak makan. Ataupun `Amin good boy kan. Sit,sit. Mama nak eat kejap’ bila anak taknak duduk diam. Perkataan yang digunakan seharian ni yang akan diingat oleh budak-budak, takut nanti dah terbiasa dan bila besar nanti ujian English pun teruk, Melayu pun hancur!

Still, you all can argue on that. Baguslah daripada tak tahu langsung cakap Inggeris kan. Sepatah dua jadilah. Apa-apa pun, terpulang. Tapi saya sokong bahasa pengantar Inggeris diguna di universiti. Sebab secara umumnya asas pengetahuan tu dah ada, contoh fizik, matematik, kimia (kalau ambil kejuruteraan) jadi taklah susah sangat walaupun kena usaha lebih sikit untuk faham istilah dalam bahasa Inggeris dan buku-buku rujukan tebal tu. Eh, nanti isu bahasa kebangsaan pulak, perpaduan lagi. Hmm, the choice is yours. Asal rajin belajar, usaha, ikhtiar dan tawakkal, insya Allah berjaya. Tak kisah la pandai English ke tidak, kan?

(Memang isu lama dan well-known. Saja terasa nak kongsi)

Friday, April 10, 2009

Hepatitis B

I had my first Hepatitis B jab when I was 24 yr 3 mnths, which was precisely last week.

My big brother even commented on me having the jab at the same time when his son was due for the jab, only that Ajim was having a slight fever therefore his session will be postponed to some other time(note: Nowadays, babies are compulsory to get Hepatitis B jab,not like our time previously).

Ajim with his Pak Su(background:cousin Adam is sleeping)

I only discovered last year, during a thorough medical check up that I have none ( read: zero reading) of Hep B antibody in my body,hence the doctor suggested me to take the jab whenever I'm free (or whenever I am eligible to be covered by my company insurance).

So I went to the clinic and the jab was quick, the only unpleasant fact is the jab is not covered by ING.Tipu betul.. since I've checked with them earlier and they said it was covered.Anyway, murah je pun.Health is the ultimate wealth, right?The other hassleness that you must bear is there are two other follow up jabs, one after a month,and another 5 months later.And in my case,my body produce none of the antibody thus I need to get the Hep B booster every 5 years. Sounds tedious?Well the choice is yours.

Well, hepatitis B is disease caused by hepatitis B virus which infects the liver of hominoidae, including humans, and causes an inflammation call hepatitis. Actually the virus most probably can be deadly for infants, whereas most adult (90%) usually recovered when attacked by the virus. More info can be found here.

So, don't forget to ask your doctor on your Hep B antibody next time you're having your medical check up or blood test.

Wednesday, April 08, 2009

Bukit Gantang

Its odd (or should i say co-incidence?), when I think about the result of the by elections that was announced last night, I came across this familiar phrase from the Holy Quran, which most of Muslims read every morning in the mathurat recitation with translation as below:

"Say, `O Allâh! the Lord of all power, You grant power to whomsoever You will and take away power from whomsoever You please, and confer honour and dignity on whomsoever You will and disgrace whomsoever You will. All good lies in Your hand. Verily, You are the Possessor of full power to do all You will" (3 : 26)
(translation in Malay)
Katakanlah, "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, engkau anugerahkan kekuasaan bagi siapa yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki, dalam tangan-Mu segala kebaikkan, sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." (QS Ali Imran [3]: 26).
At Bukit Gantang, the rakyat has spoken.

Post Earth Hour

(pos tertangguh seminggu. Mintak maaf!)

Seronok dengar reaksi ramai orang tentang Earth Hour.

Ada yang kata takde impak, takyah sokong.
Ada yang kata kita tutup sejam setahun je, apalah sangat signifikannya kan.

Tapi kami tetap sokong.Ini buktinya.


Gelap woo..


Eh sempat pulak maih flash camera (haiya!)


MRR2 (haih, gelap earth hour ni pun, jem tetap jem..)
Bagi saya yang penting nak mulakan kesedaran di kalangan orang ramai, seterusnya jadikan tabiat menjimatkan elektrik dalam kehidupan kita.Bukannya susah kan.


P/S : Tahu tak kenapa 28 Mac dipilih sebagai earth hour? sebab bermulanya `light saving' time pada musim panas di Eropah. Maksudnya, kalau selalu mereka mula kerja pukul 8, waktu light saving mereka mula kerja pukul 7 pagi sebab waktu siang yang panjang..