Thursday, February 26, 2009

Cuti Pra-Bersalin 5 Hari

Kelantan dah buat, negeri lain bila lagi

Salmah Mat Husain Wed Feb 25, 09 6:20:41 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) - Kelantan sekali lagi mencetus reformasi baru dalam pentadbiran kerajaan apabila hari ini meluluskan cuti pra bersalin selama lima hari sebelum tarikh melahirkan anak.

Keputusan yang menggembirakan kakitangan wanita itu dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa, berkata cuti bergaji itu akan dilaksanakan segera.
"Ia akan berjalan sebaik sahaja surat pekeliling dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat terbabit di Kota Darulnaim.
Beliau berkata, walau pun cuti pra bersalin itu hanya lima hari, namun ia akan menjadi tujuh hari apabila dicampur dengan cuti mingguan dua hari.
Menurutnya, dengan penambahan cuti berkenaan kakitangan awam wanita yang melahirkan anak akan memperolehi cuti sebanyak 65 hari termasuk cuti selepas bersalin.
Beliau berkata, kemudahan cuti berkenaan diberikan kepada kakitangan wanita bagi memberi ruang secukupnya kepada mereka untuk berehat sebelum melahirkan anak.
"Semua orang tahu, setiap ibu yang mengandung akan mengalami masalah keletihan yang berpanjangan khususnya di saat-saat akhir ketika mahu melahirkan anak," katanya. - mj

No comments: