Thursday, February 07, 2008

Politik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya semua orang pun dah terasa kehangatan bahang pilihanraya yang akan berlangsung tak lama lagi. Belum diumumkan lagi, tapi banyak dah spekulasi dan petanda PRU 12 akan berlaku tak lama lagi. Kalau kita baca akhbar dan tengok siaran berita arus perdana pun, kita dapat lihat ada banyak berita pelik, yang berat sebelah, yang sah-sah berkaitan dengan kepentingan pihak tertentu, dan macam-macam lagi lah. Niat tu memang bagus tapi persoalannya, kenapa sekarang? Why all of the sudden?

Dan apabila saya meneruskan hobi biasa, `blog hopping', saya pun perasan ramai blogger mula mengulas tentang pilihanraya, dari golongan penganalisis politik sampailah ke golongan pelajar yang tak pernah pun selama ni secara langsung membuat ulasan tentang politik. Sememangnya perkembangan yang menarik, dan saya juga bangga apabila golongan bloggers muda tampil memberikan buah fikiran masing-masing tentang keadaan politik semasa. Syabas!

Sememangnya, kita sebagai golongan muda patut mengambil tahu dan memahami selok-belok dunia politik sebenarnya. Tapi saya hairan, ramai yang tak mahu atau tak berminat dengan bidang ni. Apa yang berhantu sangat dengan perkataan POLITIK itu? Bukan sekali saya dengar golongan muda, termasuk mahasiswa yang mengatakan,

"aku tak minat politik, aku tak mahu ambil tahu."
"ni politik ni, kerja kotor semua ni"
"tak suka la, mind our own business dah la"

OK macam ni, perkara pertama kita kena buat adalah mencari apa erti politik tu sebenarnya. Mengikut antara rujukan kegemaran saya, Dictionary.com, politik dalam ertikata yang saya maksudkan (maksudnya ada banyak, tak percaya cuba klik) adalah :

The art or science of government or governing, especially the governing of a political entity, such as a nation, and the administration and control of its internal and external affairs.

See? Apa yang allergic sangat kalau dengar cerita pasal politik ni? Sebenarnya bidang politik ni kalau dimudahkan maksudnya, adalah kerja-kerja mentadbir manusia, mentadbir negara. Jadi kalau kita taknak terlibat atau ambil tahu langsung pasal kerja ni, siapa lagi yang nak peduli? Sedangkan golongan muda macam kita (eh, saya memang muda lagi) lah yang dikatakan pemimpin masa hadapan, jadi ilmu politik dan pentadbiran ni sedikit sebanyak perlu kita kuasai. Niat saya hanya satu, supaya kita semua sentiasa sensitif dan dalam keadaan berjaga-jaga dengan situasi semasa negara dan dunia kita sekarang, kerana sedikit sahaja tersilap langkah akan memberi impak yang besar kepada masa depan kita, masyarakat kita, negara kita dan dunia kita.

Jadi marilah kita keluar dari kepompong, tempurung masing-masing, dan mula mengambil tahu. Banyakkan baca buku ilmiah, surat khabar dan tengok berita. Kalau boleh jangan tengok mainstream je, buka jugak Siasah, Harakah, Nanyang Siang Pau (kalau faham la, isy menyesal saya tak khatam belajar bahasa Mandarin dulu. Kalau tak boleh baca surat khabar Cina yang lagi sahih dan benar ceritanya berbanding surat khabar lain) dan blog-blog penganalisis politik yang anda berkenan. Tambah-tambah nak dekat pilihanraya ni, memang banyak cerita-cerita begini anda akan jumpa. Tak percaya? Try it yourself !

( ini memang pos warm-up, nantikan pos seterusnya. Saja nak panaskan PRU 12 yang bakal menyaksikan kali pertama saya akan mengundi ! Oyeah!)

No comments: