Monday, December 24, 2007

Mencantikkan SHOPPING?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi Krismas ni saya bangun awal, kebetulan pula berpeluang tengok program motivasi Dato Dr Fadzilah Kamsah di TV. Ada pula soalan yang sangat menarik dari penonton dan saya pun sangat-sangat teringin nak dengar jawapannya, iaitu Apakah cara-cara untuk mencantikkan shopping?

Kelakar jugak dengar, tapi betullah majoriti orang perempuan terutamanya memang suka shopping. Siap ramai dengan bangganya mengaku shopaholic lagi. Yang ni saya tak faham sangat, apa la hebatnya menjadi shopaholic ni?? Membazir lagi adalah..(no offense, personal opinion ye;) Tapi apapun, tak ramai wanita yang tak suka shopping tapi tak semua lelaki pun yang tak suka shopping kan. Kat sini saya nak kongsi antara petua Dato yang boleh kita praktikkan semasa shopping.

1. Buat list
Ni benda basic tapi ramai orang tak buat..tak tau la kenapa. Malas kot? Kalau selalu tak buat list ni, nanti beriya pergi shopping complex last-last beli benda yang kita tak perlu pun, dan benda yang kita nak terus terlupa nak beli..(alamak sendiri pun terasa jugak..huhu)

2. Makan dulu baru shopping
Yang ni saya baru tau! Tapi Dato cakap ni memang benar sebab ikut kajian, kalau orang yang lapar tengok apa pun cantik, semua dia nak beli. Kalau orang kenyang ni dah penat makan, jalan pun slow, mata pun ngantuk sikit-sikit jadi takla bernafsu sangat nak beli. Sangat la bagus petua ni. Ingat-ingat balik, kalau shopping ngan kawan-kawan pun selalunya kita jalan dan shopping dulu baru makan kan, sebab lepas makan dah malas nak gerak dan rasa nak balik je. Jadi kena la makan dulu lepas ni! Haha

3. Tuju kat kedai tempat kita nak beli barang dulu
Contoh la kalau nak beli handbag la kan, dah target dulu beg apa nak beli, brand apa, kat mana semua baru pergi terus kat kedai tu. Jangan tengok tempat-tempat lain lagi.

4. Bawa peralatan solat
Bawa sekali telekung ke atau apa-apa yang berkenaan. Boleh juga kalau tak bawa dan nak pakai telekung awam kat surau tu, tapi setengah orang mungkin rasa tak selesa dan setengah surau pula mungkin takde telekung awam. Jadi lagi selamat kalau bawa sendiri, tak pun memang pakaian kita dah bersih dan menutup aurat, pakai je pakaian kita untuk solat, kan senang. Jangan tak solat sudah la.

5. Singgah kedai buku
Setiap kali keluar shopping jangan lupa singgah kedai buku. Macam saya pernah cakap dulu `book is a lifetime investment'.. jangan pernah menyesal kalau kita beli apa-apa buku pun. Insya Allah berguna sampai bila-bila.

Jadi, bersempena dengan Year End Sale sekarang ni marilah kita mempraktikkan petua-petua menarik di atas okay. Nak beli barang ke baju ke kasut ke boleh tapi berpada-pada, jangan sampai membazir pulak. Nak-nak orang cam saya sekarang yang menganggur takde income sekarang ni..haha:)

No comments: