Sunday, November 11, 2007

Masih lagi

(argh! Saya tak boleh siapkan report selagi tak tulis entri ini)




Rally BERSIH semalam! Sumber : Malaysiakini

Masih lagi mood BERSIH.

Peristiwa ini terlalu besar untuk diabaikan, walaupun sibuk dengan peperiksaan akhir sekarang. Gambar-gambar menarik boleh didapati di
  1. http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1340101
  2. http://kickdefella.wordpress.com/
  3. http://sagaladoola.blogspot.com/2007/11/bersih-yellow-wave-pics-part-1.html
  4. http://sagaladoola.blogspot.com/2007/11/bersih-yellow-wave-pics-part-2.html
  5. http://sagaladoola.blogspot.com/2007/11/bersih-yellow-wave-pics-part-3.html
  6. http://rockybru.blogspot.com/
  7. http://shanghaistephen.blogspot.com/2007/11/daulat-tuanku-10-11-07.html
dan lain-lain blog popular dan laman-laman berkaitan.

Cuma JANGAN PERCAYA 100% dengan hampir semua media massa tempatan (cth: kebanyakan saluran berita utama dan surat khabar tempatan, kecuali surat khabar cina yang paparkan laporan sebenar, saya pun dah lupa apa namanya). They are not being sincere. Sebarkan kepada adik beradik/ibu bapa/rakan/jiran/saudara-mara/orang kampung kita. Ada yang tiada atau tak pernah akses internet, jadi mereka tak tahu hal sebenarnya.

Selain itu, saya setuju dengan mamat akubetul ni. Meminjam faktor kelapan dalam blognya:

8. Walaupun puluhan ribu hadir, ratusan ribu tersangkut dan jutaan visitor cari info pasal perhimpunan ini. Hakikatnya puluhan juta lagi rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan perkara ini. Semuanya malas nak ambil tahu apatah lagi nak terlibat. Bangun la oi…! Jangan dok tidor lama-lama nanti jadi gila.

Tepat sekali katanya.
Maka ambillah tahu.

TInggalkanlah segala trend fesyen terkini/kereta paling hebat/ kelab mana mendahului EPL/ nak pakai baju apa keluar esok/apa brand mekap paling laris sekarang/nak buat reunion hujung minggu ni/nak pi shopping/nak pi picnic dan dan seribu satu macam lagi perkara, dan bangkitlah untuk fikirkan
permasalahan negara, permasalahan manusia.

Percayalah, kita mampu mengubahnya.

No comments: