Monday, October 02, 2006

Mencari SUMBER?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak kawan saya, re-arrange memberikan cadangan agar saya menulis bagaimana caranya untuk mengenal pasti sumber media yang tepat(rujuk pos2 lepas..), saya sering berfikir-fikir sendirian tentang hal ini.Bagaimana saya mahu merujuk sumber yang mana boleh diambil, dan yang mana tidak?Kalau setakat method saya, seringnya saya berkira-kira sendiri untuk mengambil mana-mana yang dirasakan sesuai tanpa menimbulkan isu perkauman, berat sebelah dan sebagainya tetapi dapat memberikan kesedaran kepada para pembaca yang singgah di blog ini.Isu pokok seperti prisip-prinsip agama dan bangsa sering menjadi asas dalam mencari sumber yang terbaik, tetapi saya juga banyak membuat rujukan dan penilaian berdasarkan blog-blog atau laman web yang terhangat di pasaran.

Sebenarnya tiada satupun pendapat yang tepat secara total, maksudnya setiap pandangan,pendapat dan komen adalah bersifat individu dan terpulang kepada penerimaan orang ramai untuk menafsirkannya dengan cara tersendiri.Sedangkan di kalangan ulama pun diadakan ijma’ dan perbahasan tentang sesuatu isu atau fatwa yang ingin dikeluarkan, tanpa mengambil kira hanya satu pendapat dari satu individu sahaja.Kita kena sedar, manusia di zaman ini tiada yang maksum, yang pendapat mereka boleh diterima pakai tanpa soal dan tanpa diragui kesahihannya.Hanya Nabi yang maksum. Namun sebenarnya , setelah difikir-fikir lagi dan lagi, saya masih tak dapat memberikan jawapan terbaik bagi persoalan itu.

Sehinggalah saya pulang ke rumah lebih sebulan yang lalu dan terjumpa satu bahan bacaan yang sungguh menarik.

Jawapan yang saya utarakan ini diambil berasaskan artikel yang saya baca dalam majalah Dian keluaran Julai 2006, yang saya jumpa di rumah. Kebetulan kawan ayah saya memberinya percuma sebagai promosi kerana majalah ini baru sahaja dihidupkan kembali setelah berkubur lebih 20 tahun yang lalu.Untuk makluman, majalah ini sangat popular pada tahun 1980-an sebagai satu wadah reformasi masyarakat yang mengandungi artikel-artikel bermanfaat dan yang lebih penting, tidak bias kepada mana-mana parti politik atau fahaman pelik.(Halaman ini merupakan pengenalan bagi sesiapa yang berminat mengetahui tentang Dian dengan lebih lanjut).

Menurut artikel hasil wawancara bersama Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, bekas Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), beliau mengatakan ancaman pemikiran (Islam liberal) berpunca daripada kegagalan orang ramai mengenali tokoh yang berwibawa.Antara isu yang diutarakan contohnya SIS(Sister in Islam) yang berani berhujah dan bermati-matian menegakkan IFC yang menyentuh mengenai isu akidah umat Islam yang amat sensitif.Adakah golongan ini dikategorikan pakar dalam ilmu-ilmu Islam, sedangkan aurat pun tak tutup?Pertimbangan yang sudah terang lagi bersuluh…Secara keseluruhannya, hal ini berkait rapat dengan soal bagaimana kita ingin mencari sumber rujukan yang benar dan boleh diterima pakai, kerana tentunya pemikiran Islam liberal itu sesuatu yang terpesong dengan ajaran Islam yang sebenar.Senang cerita, serahkan saja pada yang pakar..Maksudnya cari pemidato,pembahas,penghujah atau penulis yang pakar dalam bidang masing-masing, untuk kita pegang dan rujuk pendapat mereka demi menambah pengetahuan dan pengalaman.

Justeru, perkara yang paling penting bagi saya untuk mendapatkan sumber-sumber dan rujukan di khususnya di internet, dan umumnya di media massa yang lain, kita kena tahu dahulu siapa penulisnya.Siapa pengarangnya, bagaimana backgorundnya, apa pengalaman dan kelebihannya, bagaimana ideologi fahamannya dan etcetera.Susah kan? Tapi jangan lah terlalu rigid dan menyusahkan diri, cukup dengan mengambil tahu serba sedikit latar belakangnya sebelum merujuk kepada artikel yang mereka tuliskan.Segalanya terpulang kepada anda, para pembaca.Mungkin anda bukan penulis kontemporari, penulis komersil mahupun bloggers, anda hanya gemar membaca akhbar, majalah,novel atau weblog di internet..jadi anda kurang familiar dengan penulis-penulis berwibawa atau sebaliknya.Still, anda perlu bijak membuat penilaian supaya tidak terpengaruh dengan sumber yang kurang tepat, atau yang lebih buruk lagi sumber yang menyebarkan dakyah halus tanpa kita sedari, tak kiralah yang berbaur perkauman, politik, fahaman sesat, lari dari nilai-nilai ketimuran dan sebagainya.

Saya mengambil contoh seorang individu, yakni saya sendiri (perlu diingatkan di sini, saya bukan lah yang terbaik, hanya ingin mengambil contoh.Seterusnya anda semua boleh nilaikan..=).Sejak kebelakangan ini saya memang pantang berjumpa dengan newspaper stand atau kedai mamak yang jual suratkhabar, majalah dan sebagainya, tentu saya akan singgah dan membelek-belek majalah yang terbaru di pasaran atau surat khabar.Setidak-tidaknya saya akan membeli sebuah akhbar. Akhbar yang dipilih seboleh-bolehnya yang diketahui ramai tak dipunyai oleh mana-mana pihak atau individu yang berkepentingan(highlight : SEBOLEH-BOLEHNYA).Selalunya saya memilih akhbar berbahasa Inggeris seperti The Sun atau The Star (selain merasakan akhbar berbahasa Melayu kontemporari menyiarkan berita yang agak bias, saya juga berazam ingin menguatkan penguasaan bahasa Inggeris saya.Lagipun akhbar Inggeris kurang meleret-leret dan beritanya seimbang antara nasional,semasa,dunia, sukan dan hiburan=).Rasanya nak saja beli Nanyang Siang Pau tapi skil bahasa Mandarin saya sudah lama pupus(setakat belajar di sekolah menengah subjek bahasa mandarin sikit-sikit,apalah sangat yang saya boleh ingat).

Apabila memilih majalah pula, saya tidak pernah melanggan sebuah majalah sahaja.Sekiranya ada yang memaparkan isu menarik dan berinformasi, saya tak keberatan membelinya.Tapi sebelum itu, saya sering menyelak ruangan sidang redaksi untuk memberi gambaran awal tentang artikel bagaimana yang bakal saya baca dalam majalah itu.Memanglah kita tidak mampu nak kenal each and every members yang dalam sidang redaksi itu, tapi sedikit sebanyak kita boleh nilai.Orang ni ustaz ke, orang tu ahli SIS ke, orang sana Pak Menteri ke, orang sini bekas editor surat khabar yang tersohor suatu ketika dahulu ke.Sekiranya kita yakin dengan kredibiliti seseorang itu dalam menulis dan melontarkan pendapat, barulah kita senang menerima apa yang diutarakannya.Sebaliknya jika kita kurang yakin atau tidak berapa familiar dengan background sesetengah penulis tu, kita perlulah meneutralkan pemikiran kita dahulu sebelum membaca karya mereka, seterusnya cuba cari sumber lain untuk mengesahkan kesahihan pendapat tersebut.Sedangkan majalah berbau Islamik seperti Majalah I, Milenia Muslim, Anis, Forward dan sebagainya pun walaupun kebanyakan artikelnya menarik dan menginsafkan, bukan semuanya boleh diterima bulat-bulat.Banyakkan mencari sumber lain juga atau yang lebih selamat, cuba kenal pasti kewibawaan penulisnya dahulu.Itu lebih mudah.AL ISLAM? Ironi di sebalik namanya yang indah, majalah inilah bagi saya yang paling berbahaya.Cuba dapatkan satu naskhah, dan anda akan faham maksud saya.

Seterusnya dalam memilih weblog atau sumber dari internet pula.Yang ini lebih payah dan mengelirukan, maklumlah, sesiapa sahaja boleh upload dan komen apa-apa, sudah lah identity mereka tidak diketahui.Hanya segelintir sahaja yang berani menggunakan nama asal, siap dengan identiti diri dan latar belakang agar orang ramai boleh menilai kredibiliti dan kebolehan mereka.Bagi saya, mereka inilah yang berani bersuara tanpa takut dikritik dan dibidas oleh pihak lain.PENULIS SEBEGINILAH YANG KITA INGINKAN, di tengah-tengah budaya angguk-angguk, geleng-geleng rakyat terhadap pihak pemerintah.Nak kritik sikit, kena dakwa.Nak bantah sikit, kena tindakan.Tiada check and balance.Sekiranya keadaan begini berterusan, tentunya pada tahun 2020 nanti keadaan Negara tidak akan berubah, tetap sahaja begini sampai bila-bila.

Sekadar berkongsi personal favourites saya( yang saya pasti ramai juga meletakkan link mereka dalam blog atau website masing-masing), saya sering mengikuti blog Dato A Kadir Jasin, bekas Editor Kumpulan NST.Semestinya beliau sangat mahir dengan berita-berita semasa dan pergolakan politik yang berlaku di Negara kita, jadi blognya sangat berbaloi dilayari (sekiranya anda gemar mengikuti isu-isu politik semasa Negara kita).Begitu juga Jeff Ooi, sindiran dan paparan yang sinis dan based on reality sangat mengesankan sehingga berjaya menarik perhatian pohak atasan tentang isu-isu yang timbul di kalangan rakyat.Saya juga merupakan peminat blog Faisal Tehrani (meskipun tak pernah membaca karyanya, kecuali cerpen Kerana Manisnya Epal semasa sekolah menengah).Beliau merupakan penulis sepenuh masa yang pernah mendapat Hadiah Sastera Perdana Malaysia, jadi penulisan beliau bersendikan ilmu penulisan dan dalil-dalil yang sebenar tentang isu semasa, ilmu sastera, dunia Islam dan sebagainya, bukan sekadar cetusan rasa mengikut nafsu semata-mata.Akhirnya untuk isu-isu semasa yang lebih global, saya suka klik di sini.

Jadi itu semua mungkin minat saya secara peribadi, dan anda semua mungkin meminati penulis-penulis lain.Itu semua tidak ada masalah, asalkan anda bijak menilai.Saya turut pergi ke blog/website yang tidak sealiran dengan blog-blog yang disebutkan, dan boleh juga dijadikan sumber pengetahuan am dan penambah informasi.Juga blog-blog rakan-rakan seperjuangan yang menarik, mencuit hati, penuh dengan luahan emosi suka dan duka, tiada masalah.Sekali lagi ditekankan, asalkan anda bijak menilai.Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan pengajaran.....~ ^_^

No comments: