Sunday, September 24, 2006

Tribute for my MOM on HER SPECIAL DAY



You taught me everything
And everything you’ve given me
I always keep it inside
You’re the driving force in my life
There isn’t anything
Or anyone I can be
And it just wouldn’t feel right
If I didn’t have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You’ll always be you always will be the girl In my life for all times

Mama, mama you know I love you
You know I love you
Mama, mama you’re the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin’ you is like food to my soul

You’re always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin’ me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times Looking back when
I was so afraid And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me

HAPPY BIRTHDAY, MOM=)

(I know my Mum won’t read this, but just want to let the whole universe know, I love my Mum!Selamat hari lahir, Ma..semoga panjang umur dalam redha Allah dan dimurahkan rezeki..)

P/S : Sometimes it worth expressing your feelings to your mother, try it! You won’t regret. Yeah, only you know the best methods and ways!(These words especially dedicated to those `macho men’ out there..come on! Don’t be so `control macho’ before its too late!
We girls are more expressive, that’s nature of life…hehe)

Salam RAMADHAN~



Ramadhan datang lagi!

Kita akan terkejut dalam bulan ini kerana:

1- Kita akan rasa lebih rajin untuk beribadah berbanding sebelum ini, contohnya kita bersemangat baca Al Quran selepas solat Subuh, berjemaah pula tu(kalau dulu dah la solat Subuh lewat, lepas Subuh tidur balik..betul tak?).

2- Kita akan rasa hari lebih ceria (walaupun hari itu hujan dan mendung) sebab berkatnya bulan Ramadhan ni, dan mungkin juga sebab kita bangun awal pagi ni(untuk sahur) dan tak tidur sleepas Subuh, kemudian terus pula bersiap-siap untuk ke pejabat.

3- Kita akan rasa tenang, tak mudah marah, tak mudah tension dengan kerja-kerja.Sentiasa mencari hikmah di sebalik setiap kejadian(mungkin sebab hati kita semakin tenang kerana baca Al Quran pagi-pagi sebelum ke pejabat atau memulakan aktiviti harian).

4- Kita akan tak sabar-sabar nak menunaikan solat terawih yang 8 rakaat, campur 3 rakaat witir.Di sesetengah tempat 20 rakaat,campur 3 witir (seperti tempat saya bermusafir sekarang ni).Sehingga rasanya kalau tertinggal satu malam solat terawih, rasa sangat kecewa dan bersalah.Sedangkan sebelum ini solat sunat 2 rakaat selepas solat fardhu pun jarang-jarang kita lakukan...(aneh kan??)

5- Kita akan rasa dekat dengan keluarga dan sahabat-sahabat.Iyalah, pada awal Ramadhan mengirim SMS, email untuk meraikan kedatangan Ramadhan..dan selalu juga telefon keluarga untuk update makan apa hari ni, solat terawih di mana, berapa rakaat,moreh makan apa dan sebagainya.Bila dekat penghujung pula sibuk melayangkan kad ucapan,email dan SMS ucapan hari raya kepada rakan-rakan..SANGAT sering telefon ke rumah untuk update baju raya, kuih raya, langsir raya..dan jangan lupa menuggu ketibaan kita ke rumah untuk meraikan 1 Syawal pada sekian-sekian tarikh.

6- Kita akan lebih sensitif dengan sirah Rasulullah..contohnya kita akan mengambil tahu tentang peristiwa isra' mikraj, sunnah baginda berbuka dan bersahur dan etc.

Dan banyak lagi hikmah yang tersimpan di bulan Ramadhan ni..yang hanya akan kita dapat di bulan ini sahaja, tidak di bulan lain.Kita akan berasa pelik tapi inilah hikmah bulan mulia ini....

P/S : So treasure this Ramadhan! Sekiranya anda tidak merasa nikmatnya bulan Ramadhan seperti mana orang lain merasakannya, anda perlulah banyak bermuhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah via ibadah-ibadah wajib dan sunat...insya Allah anda akan merasai kemanisan Ramadhan......=)

Thursday, September 21, 2006

POLITIK : satu pandangan


Assalamualaikum wbt~

(Tadi tengah update folders di desktop and tiba2 terjumpa benda ni..benda ke?lebih kurang artikel yang saya tulis sendiri la.Tapi dengan gaya bahasa `pelik' sikit..hehe another side of me, maybe??=P FYI pendapat ni saya tulis lebih kurang 2 bulan yang lalu, dan baru sekarang saya rasa sesuai untuk pos di blog memandangkan tengah demam pilihanraya ni.Sesetengah kampus pula dah dapat keputusan pilihan raya pun.Hanya sekadar pandangan~kritikan dan komen amat dialu-alukan..thanks!)
***
Sebut je politik, setengah2 orang tu bleh shiver..punyalah berhantu konon citer pasal politik ni, sampai ramai students yang taknak amik tahu dan taknak campur pon pasal mende ni.tak kesah laa politik kampus ke, politik general ke ape ke kan. Besenya aku tgk kalo org baca surat khabar (online ke kertas ke..ape2 je la kan) selalunya akan abaikan section politik..banyak gak alasan yang diorg ckp.tak minat la, malas nk campur la, bodoh laa mende2 camni, takyah sibuk2 jaga tepi kain org, ehh takut laa student mane bleh campur bab2 politik nii dan 101 reasons lagi.Kalo baca blog/web lagi la, yang pasal politik takpenah masuk kot.amik yang ringan2 je, pasal pengalaman org, cerita artis, gossip terkini, etc..

Minat kat politik ni memang dari dulu lagi tapi tak laa sangat sebab busy gila (kononn laa kan).takut gak kalo main redah je ape2 sumber kang dapat yang sumber sesat lagi menyesatkan susah pulak.rasenye sejak skolah rendah lg kot, mmg suka tgk pemimpin2 ni (biasala, yg terlibat politik yg visiblenya pemimpin..tak kesah peringkat apa, asalkan pemimpin..rakyat pon pemimpin gak, kalo tak takkan dlm al Quran cakap kita ni khalifah di bumi Allah ni..so khalifa=pemimpin.jadi sume org pemimpin..) waktu kecik2 sampai laa skarang aku memang suka tengok pemimpin, lagi specific lagi sebnarnya politician..tgk mereka dihormati, gaya elegan, smart, pakai persalinan branded dari hujung rambut(atau tudung, bg yg bertudung..ade laa gak kan walau sedikit..ehehe) smpai ujung kaki.(ni sume ideal case ok..in reality, korang pon bleh judge kan macamana).kira envy habis laa kat diorg ni.dan envy kat sikap mereka (sepatutnya) sanggup mengorbankan diri demi hak rakyat, sanggup spend masa fikir pasal pentadbiran, perundangan, kebajikan orang lain.betapa agungnya pemimpin ni kan…so tu sume antara penyebab aku makin minat nk tau bab2 politik nie.

Skarang ni plak time keje mmg fully access to internet,so mmg utilize laa sumber2 internet ni utk info n rujukan especially bab2 politik dan current issues.tapi kena pandai cari sumber gak, kalo silap abes laa..bahaya weh kalo silap sumber. minda terpengaruh tanpa disedari, seterusnya mula laa tindakan2 yang pelik2.

Yes, its true memang takleh nak paksa2 org supaya amik tau pasal bidang politik ni.contohnye bdk ppuan yg tak minat bola la kan, pakse camne pon mesti takminat gak..kkadang tu aku slalu je soh kekawan amik tau pasal politik ni, penting sangat, at least kite kena tau sebagai rakyat bla bla bla.abis kalo org tu tak minat,tak minat gak.kalo baca sok kabar tu skip gak bahagian politik.hehe biasa laa tu .Kekadang kita ni perasan muda sangat..`alaa baru nak masuk twenties…mengundi pon tak pernah lg.’`ni hal org2 tua ni..takpon mak ayah aku pon tak kesah n taknak campur pasal politik neh..diorg neutral.

Just nak share something la..aku rasa antara statement yang paling kurang pandai yang aku dengar pasal undi mengundi ni adalah `aku tak suka die ni jadik pemimpin, dah laa korup, tak dedikasi, kronism, so aku takmo laa turun mengundi masa pilihanraya nanti’..`alaa kalo nenek aku bertanding pon konfem menang punya laa..bodoh laa pilihanraya2 ni..aku takmo terlibat’..`aku undi mana2 aku suka je, sebab nnti yg dapat faedah diorg gak..aku tak dapat satu sen pon.takpon lagi best aku suke wat undi rosak.hahaha’ maka orang2 yang berkata2 ni tak laa turun mengundi atau yg lg tak pandai buat undi rosak bila tiba pilihanraya.konon2 nak tunjuk protes laa tu.

Mungkin ada yg komen pilihanraya tu lain, apa kaitan ngn politik plak.anyway dalam Negara kita, kita pilih pemimpin melalui demokrasi= pilihanraya.kita akan undi pemimpin mana yang kita rasa berwibawa, yg boleh bela nasib rakyat.yang boleh tegakkan agama, bangsa dan Negara.bukannya yg menyonglapkan duit kerajaan/management, buat keputusan untuk kepentingan diri dan etc etc laa yg berkaitan.dah tu kalo kita tak turun mengundi, pastu bila organisasi baru naik, kita Nampak flaws sana sini, baru kita nk melenting.orang ni korup la, org ni tak berwibawa la, org sana tak prihatin la, org sini makan gaji buta la.dah tu siapa yang salah??tentula KITA yg tak tolong untuk menaikkan pemimpin yang betul2 boleh dibercayai.biasa lah hidup ni memang sebijik cam kita selalu tengok dalam cerita2 kat tv tu..watak jahat dan watak baik.mesti akan ada punya.jadi dalam banyak2 calon2 yang bakal jadi pemimpin ni,takkan takde pon yg kita boleh rely on them.kalo tak byk, sikit mesti ada.kalo takpon susah2 sangat, kalo kita rasa kita ni berwibawa,cuba masuk bertanding.kalo orang percaya dan undi kita, maksudnya we have sumthing.right??

Sebnarnya nk sntuh sikit je bab pilihanraya ni tapi terpanjang plak…nk remind lagi skali, mende ni applies untuk apa2 je process memilih pemimpin, sama ada pilihanraya kampus, Negara, etc.sebab tu aku agak terharu laa bila seorg member yang rajin tulis blog tuh (sape rajin surf blog die tau laa sape org ni haha) dah gi daftar kat SPR sebagai pengundi..dan ramai lagi rasenye berjaya wat demikian mase konvofair yg lepas(aku je yg tak smpt sbb tak jumpe booth SPR..sedey~huhu)padahal next pilihanraya Malaysia ni dijangka 2008 (tapi ikut perkembangan politik yg tak stabil skarang ni, maybe gak diawalkan?? Wallahu a’lam).kira bagus sgt la tu..aku pon tak daftar lg.takpe, nnti nk pilihanraya daftar la.haha.tapi pilihanraya kampus takyah daftar..so sape2 yg ada kt kampus tu jgn lupa turun undi..taktau laa bila maybe dalam bulan 10 kot.

Being a former MPP doesn’t have anything to do with what I am writing now.Aku pernah jadi student biasa, n penah gak jadik ajk2 program2 kt kampus, n penah gak jadik MPP.so sedikit sebanyak ada laa ilmu sikit2 pasal berorganisasi ni.kalo jadik pemimpin, mesti ada org tak puas hati.tu mmg biasa.kalo org yg tak puas hati tu jadik pemimpin, mesti ada org lain plak yg tak puas hati dengan dia.biasa la tu kan.memetik kata seorang rakan `kita tak bleh nk puaskn hati semua org, tapi kita bleh puaskan hati org yg berakal’. Pemimpin yg tak dikritik langsung, mestinya dia tak jalankan amanah dengan baik.amanah tu sangat2 laa berat kan.

Tapi ni semua memang realiti.yang aku cuba nk huraikn dengan ilmu yg sedikit. ni pon hanya sikitttt je dari cabang2 yg berkaitan dgn politik.kalo secara detail maybe I’m not the right person to do that.cumanya just nak sedarkan kita bersama yang mungkin certain benda yg slalu kita abaikan, merupakan benda yang paling penting yang akan mengubah hidup kita.jadi jangan jadik kurang pandai dengan bertindak lepas tangan/takmo ambik tahu ttg hal semasa.play your role..you have the rights..tapi dengan syarat penuhkan ilmu di dada dulu sebelum membuat keputusan…=)

p/s : aku pon bukan org yg terbaik..kalo ada apa2 yg baik tu ambiklah, kalo yg salah n silap tu puncanya dr kelemahan diri sndri~
***
Harap semua tak komen tentang penggunaan gaya bahasa yang agak rock dan ejaan serta grammar yang lintang pukang di atas..sebab saya terfikir gak untuk edit gaya bahasanya semasa nak pos ni, tapi nanti jadi kurang feel pula..haha apa-apalah..akhir kata Salam Ramadhan al Mubarak untuk semua...

`Ku harapkan Ramadhan kali ini penuh makna...Insya Allah'

Wednesday, September 20, 2006

HUNCH (gerak hati)

(artikel ini sepatutnya dipos pada Isnin lalu tapi disebabkan sedikit masalah teknikal dan kesibukan kerja, baru dapat pos hari ni.Sebab tu agak ketinggalan zaman sikit, sedangkan sekarang rampasan kuasa telah pun berlaku di Thailand.Harap maaf ya!)

“Bom meletup kat sini mlm tadi.4 killed”

SMS ni saya dapat dari Ma pada pagi Ahad (semalam), semasa tengah mamai-mamai tidur sekitar jam 8 pagi.Saya ni memang senang terjaga kalau bunyi handphone, melainkan tengah penat sangat dan tak mampu nak buka mata pun.Tapi SMS kali ni tak tahu kenapa, yang sepatutnya membuatkan jantung saya hampir luruh, saya sangat tenang menerima berita itu walaupun pada masa itu ibu dan ayah saya sedang bercuti di Hatyai dan Songkhla (untuk pengetahuan, Songkhla hanya 30 minit dari Hatyai dan menurut ibu saya, Hatyai lagi best dan happening sebab bandarnya lebih besar dan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dan semestinya, membeli belah).Tafsiran secepat kilat saya : "Alhamdulillah Ma dan Abah selamat dan tiada apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka, sebab kalau tak takkanlah Ma boleh hantar mesej macam ni".Kemudian, saya membuat perkara-perkara lain tanpa sedikit gusar pun dalam hati saya.

Beberapa jam kemudian, Ma pun menelefon saya dan menceritakan serba sedikit apa yang terjadi.Pada waktu ini barulah saya rasa sangat relieved, bersyukur dan sedikit cuak walaupun ibu bapa saya dah selamat.Ma bagitahu Afiq (adik saya) tergesa-gesa telefon sebab dia baru baca berita jam 1.30 petang (Ahad) yang menceritakan tentang `bombing’ yang berlaku.PAda masa ini baru saya tersedar, betapa tak sensitifnya saya, padahal saya kakak dan sepatutnya lebih sensitif tentang perkara ini.Saya mula berfikir tentang `hunches’ atau gerak hati yang saya alami sepanjang hujung minggu itu.

Saya bukannya seorang yang sering mendapat gerak hati atau orang Melayu kata `petanda’ sebelum sesuatu berlaku.Tapi kali ini agak lain.Sebenarnya ayah saya out station di Ipoh dan Kangar, jadi mereka mengambil peluang untuk berjumpa saya di Penang dan bermalam di sini (hari Khamis). Mereka juga `insist’ saya mengikut mereka ke Kangar, kemudian ke rumah Makcik dan seterusnya bercuti di Hatyai dan Songkhla, tapi malangnya saya sudah mempunyai agenda tersendiri untuk pulang ke kampus hujung minggu itu. Hati saya memang berat dan half-hearted nak ke kampus, sebab pelawaan bercuti tentu sangat mengujakan saya.Tapi saya tak tahu mengapa, hati saya mengarahkan saya ke kampus kerana tujuan ke sana lebih penting dari bercuti dan bersantai bersama keluarga.

Jadinya sepanjang perjalanan dan sepanjang di kampus, saya sering bertanya sendiri, kenapa saya ke sini?Bukankah bercuti lebih seronok dan mengujakan?Tambahan pula, saya memang tak pernah ke Hatyai dan Songkhla.Akhirnya saya kembali kepada kesimpulan redha dengan takdir Ilahi.Sudahlah saya turut merasakan misi saya ke kampus tidak berbaloi(pada masa itu), jadi saya sering teringat keseronokan yang telah terlepas pada hujung minggu itu.

Sehinggalah saya menerima SMS dari Ma, dan tiba-tiba segalanya fell into pieces.Gerak hati yang saya alami selama ini tidak salah, memang terdapat musibah menimpa di sana.Mujurlah ibu dan ayah saya terselamat dalam serangan bombing itu, yang menurut Ma kurang dari 100 meter dari hotelnya,(Alhamdulillah)..Ayah saya pula sangat berani, sejurus selepas bombing yang kuat di luar kedai Brown Sugar, dia terus ke tempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat.

Terus sahaja saya berfikir, ` Seandainya saya ke sana, mungkinkah ibu bapa saya dan saya sendiri akan selamat?Mungkinkah saya akan mengajak ibu saya ke gerai jualan (seperti pasar malam) tempat berlakunya pengeboman pada malam saat berlakunya letupan itu?’ Segala-galanya perancangan yang Esa, dan sama ada perkara ini kebetulan atau ada kaitan dengan gerak hati yang saya alami ini, bukanlah sesuatu yang saya ingin highlight kan di sini.Mungkin takdir yang menemui kedua ibu bapa saya di Hadyai lebih baik dari takdir yang menimpa P.Ramachendrin yang tercedera kerana letupan itu.

Tapi mulai saat dan ketika itu, saya mula mempercayai gerak hati.Ada orang kata, kadang kala gerak hati itu merupakan ilham yang datang dari Ilahi, yang bukanlah kita boleh abaikan sewenang-wenangnya.Apatah lagi yang diperoleh selepas usaha-usaha dan sifat tawakal kepada Allah itu diimplementasikan, seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, doa-doa, ayat 1000 dinar dan lain-lain.Mungkin keseluruhan pos ini berbunyi agak peribadi, tapi saya rasa mungkin terdapat sesuatu elemen yang saya boleh kongsi dengan anda semua.Elemen apa?Carilah sendiri…

P/S : Anda semua lebih bijak dari saya untuk mentafsir gerak hati masing-masing..tapi jangan pula hanya berpandukan gerak hati dan membelakangkan hukum, syara’ dan rasional….=)

More on Hatyai bombing :
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/9/18/nation/15462551&sec=nation
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060917230756/Article/
http://www.tehrantimes.com/Description.asp?Da=9/18/2006&Cat=4&Num=9

Tuesday, September 12, 2006

REMPIT-MEREMPIT


Salam~

Harini saya serumah agak lewat ke pejabat.Tapi tak mengapa, sebab syarikat kami bekerja mengamalkan polisi fleksibel iaitu para pekerja boleh tiba ke pejabat dalam lingkungan masa 8 ke 8.30 am, tanpa punch card dan sewaktu dengannya.Best kan? Tapi jangan pula ambil kesempatan, kalau tak macam mana nak jadi pekerja contoh.Hehe.Namun yang menariknya ada hikmah di sini, iaitu saya sempat mendengar komen seorang pemanggil budiman dari Bangi, yang menyatakan komennya mengenai tingkah laku Mat Rempit dalam rancangan MHI, TV3.

Pemanggil itu bermula dengan mengkritik tindakan Pemuda UMNO yang seperti memberi `green light’ dan sokongan padu kepada Mat-Mat Rempit seMalaysia.Jadi Mat Cemerlang la pulak.Seharusnya perkara tu tak sepatutnya berlaku, sebab Mat Rempit ni akan rasa bangga macam, oh, Pak Menteri dan Naib Pemuda UMNO ni pun sokong kita, kita buat je la aktiviti kita ni!
Akhirnya esok pagi tu kita boleh lihat keganasan yang dilakukan oleh mereka ni dengan memecahkan cermin kereta penduduk yang sound mereka bising pagi-pagi buta pukul 5 pagi (Rujuk pendapat yang di link kan ni).Pemanggil ni seterusnya menekankan konsep membawa `Mat-Mat Cemerlang' ni kepada agama, ajak merek ake surau, masjid dan sebagainya untuk solat jemaah.Sebab penekanan rohani ni sangat penting dan paling efektif sebelum melakukan anjakan paradigma (rujuk pos saya `Paradigm Shift’ yang terdahulu). Ni tidak, (kata pemanggil ni lagi) mereka tu adalah singgah kejap di surau dan basuh-basuh muka, rehat jap (sebab letih sangat merempit) kemudian sambung balik aktiviti `cemerlang’ mereka tu.Kesimpulannya (yang dibuat pemanggil itu), kita perlu buat apa sahaja cara untuk menyedarkan mereka ni, bermula dari `root cause’ (pengisian rohani).Kalau semua cara tak jalan juga, kita haraplah mereka ni kena sambar petir..
Begitu la lebih kurang saya dapat cerita keseluruhan, ditokok tambah sikit supaya lebih sedap (tapi part kena sambar petir tu saya tak tambah tau, memang dia cakap begitu). Reaksi pertama sahabat saya, `Pemanggil ni mesti orang surau ni....’ (sebab dia ada sebut dia sering berbincang tentang ini di surau bersama kawan-kawannya).Tak kesah lah, orang surau, manusia juga.Yang penting manusia ni tahu dan prihatin dengan anal muda sekililingnya.

Nevertheless, bagi saya, memang saya respect sangat pada pakcik yang buat panggilan ni.Dia tak takut nak berkata benar di salah sebuah saluran utama Media Prima (yang kita tahulah siapa pemiliknya kan).Tu pun sebab panggilan ni dibuat secara langsung, kalau tak mungkin juga penerbitnya berkira-kira untuk menyiarkannya (mungkin lah kan..).Saya juga dapat lihat tiga pengacara rancangan itu agak terkedu dan terkesima mendengar ulasan pemanggil ni, dan reaksi pertama salah seorang mereka `Wah, sampai begitu sekali ye tindakan yang hendak dibuat..’(merujuk kepada pendapat mengharap mat rempit disambar petir).

Apalah masalah mat rempit ni sebenarnya ?Tak takut mati, dah banyak sangat amal agaknya.Menyusahkan orang lain, kalau mati sorang-sorang takpe jugak.
(ni komen saya tanpa banyak berfikir. Seterusnya adalah komen saya selepas lebih banyak berfikir).

Mungkin mereka ni tak sedar apa yang mereka buat, dan dapat mencapai kepuasan maksimum dengan memukul orang atau merosakkan harta benda orang yang dianggap threat kepada mereka.Tapi saya sokong apa yang pemanggil tu cadangkan ,kita kena mula dengan pengisian rohani. Ramai orang ingat pengisian rohani tu berat sangat, ikut ceramah agama, usrah, kuliyah di masjid dan sebagainya.Padahal pengisian rohani tu kita boleh mula dengan perkara-perkara yang sangat mudah.Contohnya baca doa sebelum makan.Yang ni saya yakin ramai yang amalkan sebab dari kecil kita dah diajar baca doa sebelum makan.Mungkin mat rempit ni semua belajar kot masa di tadika, tapi dah lupa.Kemudian dia boleh terfikir, sebenarnya bukan kena baca doa sebelum makan je, kena baca doa sebelum buat apa-apa je perkara (rujuk Hadis pertama dalam Hadith 40 : Setiap amal bermula dengan niat).Kemudian mat rempit ni bolehlah start baca doa naik kenderaan sebelum mereka pergi merempit.Lepas tu, lama-lama hati mereka akan lembut dan mudah dapat hidayah, seterusnya akan sedar kewajipan bersolat, then mula ke surau,masid, dengar kuliyah..dan seterusnya seterusnya (baca : etcetera).It sounds funny though, but it is certainly true.

Inilah tugas kita sebenarnya, membantu dan menyokong mereka dengan kembali ke pangkal jalan, kemudian baru mereka sedar sendiri dan akhirnya maklum bahawa merempit tu tiada faedahnya, kemudian berhenti merempit, sehingga hauslah media-media di Malaysia ni sebab tiada kisah mat rempit lagi.Semua dah bertaubat.Bukannya menyokong dengan `rebranding’ mereka dengan frasa `Mat Cemerlang’, mereka sebagai aset negara dan sebagainya.Rasa-rasanyakan, sepupu saya yang 4 tahun tu pun tak setuju kalau kata mat rempit ni aset negara.Rasa-rasanya lah...

Saya memang tiada hutang dengan mat rempit ni sampai nak fokus kepada mereka begitu sekali (despite the fact that Penang ni memang penuh dengan mat-mat rempit yang kamikaze, over-acting dan perasan hebat sampai membuatkan kita selalu membebel sorang-sorang dalam kereta), tapi sebabkan pemanggil budiman yang saya dengar komennya pagi tadi,sayapun terpanggil nak buat pos ni.Ni belum cerita pasal filem REMP-IT lagi, yang secara tak langsung menyebabkan bertambah banyak penganjuran lumba haram di KL(sekarang galak di Alor Setar pula) walaupun dengar khabar filem ni meraih rating yang tinggi (lebih 3 juta !hebat tu, bagi sebuah filem Melayu).Sudah lah adegan-adegan panas yang tak perlu dipertontonkan yang ada dalam filem tu, siap ada dalam trailer promo di tv lagi.Mujurlah saya tiada adik kecil, kalau tak payah juga nak menjawab soalan-soalan itu dan ini.Jemmm............. !!

Saya akhiri pos ini dengan video di sini supaya anda semua boleh lihat betapa HEBATnya golongan ni.Lepas tu boleh nilai sendiri dan renungkan lah ya...^_^

Friday, September 08, 2006

Paradigm Shift


I just get the opportunity to write about this after a long while. Seems quite busy this week! I think the phrase as the topic above is pretty much familiar with us – I even remembered as I first heard about it during my secondary school. You know, back at that time we were longed for bombastic words to make our essays more beautiful and will surely gain lots of marks from our teachers. Back then, my favorite quotes were `raining cats and dogs’, `in the nick of time’ and of course, `paradigm shift’.I felt the satisfying feeling flows in me and an absolute joy whenever I manage to fill my essays with those kinds of `unusual’ words.I bet you guys were too, especially for a fully Malay-literate girl with a totally pure Malay family background, like ME( believe it or not, my blood doesn’t mix with foreign blood from my ancestors, not that I can think of or can relate for the time being.Despite the fact that I inherit my Mom’s blood (obviously Minang blood)Hehe.OK,What ever.I just love to refer myself as pure Malay girl. Perempuan Melayu terakhir? Whatever it means.Haha)

Actually I just came over this phrase WITH its real meaning and situation examples when I read the ever-famous book from Stephen R.Covey - `7 Habits of Highly Effective People’. Thanks to my ex-roommate for giving me that book for my 21st birthday, I really love it! (Yet I just get the chance to read it after, like four months from the day I received this book. What a waste). The situation of mini-paradigm shift described in the book had really touched my heart, as we often encounter this kind of situation but only a few can think and act wisely, the right thing at the right time.

Let me just recap the story in short, my own version of story telling (cannot beat Yasmin-the storyteller, though). Just use your mind and daily experience to actually imagine Covey’s experience: It was a very peaceful Sunday morning, and yet you want to go to your uncle’s house via train (you can imagine a KTM Komuter, STAR or PUTRA LRT, it doesn’t matter anyway).People are sitting quietly, some reading newspapers, some busy SMS-ing and some just doze off(anyway, what do you expect for a Sunday morning?Only the desperate ones are willing to be on a train during Sunday morning.Haha).It was a very calm and peaceful scene.

Suddenly a middle aged man entered the train coach with his children. He just sat quietly beside you while his three boys were so loud and rambunctious that instantly the whole climate changed. At first you can stand the noise, as they were just a bunch of kids. Then those kids start snatching other people’s newspapers and running wildly back and forth in the coach, while their father stared blankly at the window and sometimes closed his eyes, apparently oblivious to the situation.It was very disturbing, and yet the man next to you did nothing.

As Covey and many of us would feel at the situation, you feel extremely irritated.How can he be so insensitive as to let his children run wild like that and do nothing about it, taking no responsibility at all. It was easy to see that everyone else around you feel irritated too.So finally, to satisfy your unusual patience and restraint to the whole situation, you turn to him and said,
“Sir, your children are really disturbing a lot of people. I wonder if you couldn’t control them a little more?”

(this verse below I copied totally from the book, as I want to make the huge impact that I felt when I first read this)
The man lifted his gaze as if to come to a consciousness of the situation for the first time and said softly, “Oh, you’re right. I guess I should do something about it. We just came from the hospital where their mother died about an hour ago. I don’t know what to think, and I guess they don’t know how to handle it either.”
What you will feel at that moment?As Covey said (and most of us will, too, if we are in his shoe), his paradigm shifted.Suddenly he saw things differently, and because he saw things differently, he thought differently, he behaved differently.His irritation vanished.He didn’t have to worry about controlling his attitude or behaviour ; his heart was filled with the man’s pain.Feelings of sympathy and compassion flowed freely.


“Your wife just died?Oh, I’m sorry!Can you tell me about it?What can I do to help?"
Everything changed in an instant.

So ladies and gentlemen,
This occur to us everyday, it just the matter of realizing the occurrence of paradigm shift.It is important to know it, and please note that paradigm shift is not only for the better, but it might be for the worse too. Many people experience a similar fundamental shift in thinking when they face a life-threatening crisis and suddenly see their priorities in a different light, or when they suddenly step into a new role, such as husband or wife, parent or grandparent, manager or leader.We could spend weeks, months, even years laboring with the Personality Ethic trying to change our attitudes and behaviors and not even begin to approach the phenomenon of change that occurs spontaneously when we see things differently.

It becomes obvious that if we want to make relatively minor changes in our lives, we can perhaps appropriately focus on our attitudes and behaviors. But if we want to make significant, quantum change, we need to work on our basic paradigms.

SO, Don’t afraid to change.We need changes to improve ourselves.

P/S : It worth something to digest a motivastional book, once in a while ^_^

Further info you can seek HERE and HERE, and elsewhere in the world...

Sunday, September 03, 2006

Dakyah STRATTON



Assalamualaikum dan salam mesra.

Perkara yang saya nak fokus kali ni mungkin sangat baru dan isu yang tak pernah didebatkan lagi secara hangat sebelum ini, tapi sebenarnya telah menjadi penyakit di kalangan umat Islam seluruh dunia (masya Allah).Pos ni sebenarnya ditujukan khas untuk para muslimat (baca: wanita/perempuan/ladies/girls Islam atau yang seaktu dengannya), dan secara umumnya untuk para muslimin juga untuk diingatkan kepada ibu,isteri,anak perempuan,saudara perempuan, rakan perempuan dan yang sewaktu dengannya jugalah.Penting ni, jadi baca sampai habis.

Ada sesiapa tak pernah dengar tentang penulis bernama Allegra Stratton? Dia ni akan mencetuskan kntroversi bila bukunya, `Muhajababes’ akan keluar di pasaran tak lama lagi.Ya, saya pun belum baca lagi buku ni jadi saya tiada hak nak `hentam’ isi kandungannya.Saya masih adil dan tak mendiskriminasi buku (apa-apalah..).Tapi tujuan pos ini pun hanya untuk mengingatkan dan menjelaskan tentang konsep menutup aurat yang sebenarnya, khususnya BERHIJAB/BERTUDUNG/VEILED.

Tunggu, tunggu..apa maksud `muhajababes’ sebenarnya? Mengikut pautan ini,

muhajabah noun (Arabic) a woman who veils
muhajababe noun (Arabic) a veiled and sexily dressed young woman

Ha, anda semua boleh lihat kan bagaimana satu perkataan yang membawa maksud `wanita yang berhijab/bertudung’ diubah sesuka hati menjadi `wanita muda bertudung yang seksi’.Kenapa begitu hina sekali jadinya, padahal wanita yang berhijab itu biasanya berimej menutup aurat, bersopan santun, pemalu dan 101 ciri-ciri wanita solehah dalam dirinya.Saya ulang di sini, BIASANYA.Sekarang nampaknya dunia telah menjadi luar biasa.

Mengikut pautan-pautan yang sempat saya tengok di sini dan situ, muhajababes ni digambarkan sebagai gadis-gadis muda di timur Tengah yang pada zahirnya berhijab, tetapi pemakaian mereka sangat up-to-date dan mengikut trend, sehingga aduhai, mungkin mereka tidak mampu (secara material dan rohaninya) untuk memanjangkan atau melonggarkan sedikit pakaian agar susuk tubuh mereka tidak dilihat oleh lelaki-lelaki ajnabi.Dengan bangganya Cik Stratton mendedahkan temubual eksklusif beliau menjejak dan menyelami hasrat wanita-wanita muda di Timur tengah.`Surprisingly’, mereka mempunyai angan-angan dan citarasa yang sama dengan kebanyakan remaja lain di dunia ini.Ber`idol’kan Britney Spears (alamak, ni contoh yang dah basi!), Ashlee Simpson, atau mungkin Pussycat Dolls.Mereka juga gemar stilettos dan eyelashers, tak ketinggalan spaghetti strap dan tank top (maaf kepada pembaca lelaki, kalau anda tak faham, boleh tanya kakak, adik perempuan atau rakan perempuan anda).

Saya cuba untuk mencari sumber lain mengenai isu muhajababes ni tapi yang nyata (setakat pencarian saya yang terhad ini) semuanya berkisar tentaang satu buku dari Stratton ni sahaja.Maksudnya, mungkinkah Cik Stratton ini cuba membuat satu evolusi tentang persepsi muslimah berhijab?Apabila buku ini telah dihadam oleh masyarakat dunia, sudah tentu mereka akan menganggap wanita berhijab ini sama sahaja dengan wanita-wanita seksi dan rosak akhlaknya seperti yang sinonim di Barat, malah sekarang di seluruh dunia termasuk bumi bertuah Malaysia.

Sebelum saya lebih mendiskriminasikan buku ini dan penulisnya, saya ingin membuat satu penjelasan.Sebenarnya tujuan saya adalah supaya masyarakat di luar sana lebih berhati-hati dalam membuat penilaian, dan sesungguhnya berhijab/bertudung itu merupakan tuntutan agama, bukanlah suatu fesyen atau trend semata-mata.Sekadar renungan dan rujukan :

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan menahan kemaluanmereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(Surah An Nur- ayat 31)

Jadi jelas dan nyata- ini merupakan tuntutan Allah demi kebaikan dan keselamatan muslimat itu sendiri, dan bukannya rekaan duniawi atau trend semata-mata.Noktah.

Tapi apapun terjadi, kita sebagai golongan pemikir jangan cepat melatah.Kewujudan dakyah sebegini menggambarkan keruntuhan akhlak yang terjadi terutama di kalangan generasi muda umat Islam di seluruh dunia.Walaupun berhijab, lihat sahaja apa yang sebenarnya mereka fikirkan dan fahami seperti yang direncanakan oleh Allegra Stratton ini(wallahua’lam, sekiranya analisisnya benar dan boleh dipakai).Kalau mahu contoh, tak perlu kita pergi jauh sehingga di Timur Tengah sana, cukup lah di bumi bertuah Malaysia ini.Pada masa ini, muslimat yang bertudung sempurna boleh dikira jumlahnya, sedangkan yang lain bertudung separuh,ikat-ikat sahaja, hanya skaf memadai dan sebagainya.Apa maksud bertudung sempurna? Bagi saya definisi mudah adalah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan, dan melabuhkan tudung sewajarnya.Jadi bolehlah kita cermin diri dan hiasi peribadi kita semua, wahai muslimah sekalian..

Jelas, sebenarnya kita sendiri memancing golongan bukan Islam ini untuk mencari kelemahan kita seterusnya dijaja ke masyarakat, sehingga akhirnya kita sendiri terpengaruh dengan dakyah mereka ini(nauzubillah).Akhir kata, persiapkanlah diri kita sewajarnya sebelum kita turut menjadi korban dakyah halus dan penuh perangkap ini.Wallahua’lam.

C'MON MUSLIMAH, LET'S MOVE IT!!

Dakyah STRATTON



Assalamualaikum dan salam mesra.

Perkara yang saya nak fokus kali ni mungkin sangat baru dan isu yang tak pernah didebatkan lagi secara hangat sebelum ini, tapi sebenarnya telah menjadi penyakit di kalangan umat Islam seluruh dunia (masya Allah).Pos ni sebenarnya ditujukan khas untuk para muslimat (baca: wanita/perempuan/ladies/girls Islam atau yang seaktu dengannya), dan secara umumnya untuk para muslimin juga untuk diingatkan kepada ibu,isteri,anak perempuan,saudara perempuan, rakan perempuan dan yang sewaktu dengannya jugalah.Penting ni, jadi baca sampai habis.

Ada sesiapa tak pernah dengar tentang penulis bernama Allegra Stratton? Dia ni akan mencetuskan kntroversi bila bukunya, `Muhajababes’ akan keluar di pasaran tak lama lagi.Ya, saya pun belum baca lagi buku ni jadi saya tiada hak nak `hentam’ isi kandungannya.Saya masih adil dan tak mendiskriminasi buku (apa-apalah..).Tapi tujuan pos ini pun hanya untuk mengingatkan dan menjelaskan tentang konsep menutup aurat yang sebenarnya, khususnya BERHIJAB/BERTUDUNG/VEILED.

Tunggu, tunggu..apa maksud `muhajababes’ sebenarnya? Mengikut pautan ini,

muhajabah noun (Arabic) a woman who veils
muhajababe noun (Arabic) a veiled and sexily dressed young woman

Ha, anda semua boleh lihat kan bagaimana satu perkataan yang membawa maksud `wanita yang berhijab/bertudung’ diubah sesuka hati menjadi `wanita muda bertudung yang seksi’.Kenapa begitu hina sekali jadinya, padahal wanita yang berhijab itu biasanya berimej menutup aurat, bersopan santun, pemalu dan 101 ciri-ciri wanita solehah dalam dirinya.Saya ulang di sini, BIASANYA.Sekarang nampaknya dunia telah menjadi luar biasa.

Mengikut pautan-pautan yang sempat saya tengok di sini dan situ, muhajababes ni digambarkan sebagai gadis-gadis muda di timur Tengah yang pada zahirnya berhijab, tetapi pemakaian mereka sangat up-to-date dan mengikut trend, sehingga aduhai, mungkin mereka tidak mampu (secara material dan rohaninya) untuk memanjangkan atau melonggarkan sedikit pakaian agar susuk tubuh mereka tidak dilihat oleh lelaki-lelaki ajnabi.Dengan bangganya Cik Stratton mendedahkan temubual eksklusif beliau menjejak dan menyelami hasrat wanita-wanita muda di Timur tengah.`Surprisingly’, mereka mempunyai angan-angan dan citarasa yang sama dengan kebanyakan remaja lain di dunia ini.Ber`idol’kan Britney Spears (alamak, ni contoh yang dah basi!), Ashlee Simpson, atau mungkin Pussycat Dolls.Mereka juga gemar stilettos dan eyelashers, tak ketinggalan spaghetti strap dan tank top (maaf kepada pembaca lelaki, kalau anda tak faham, boleh tanya kakak, adik perempuan atau rakan perempuan anda).

Saya cuba untuk mencari sumber lain mengenai isu muhajababes ni tapi yang nyata (setakat pencarian saya yang terhad ini) semuanya berkisar tentaang satu buku dari Stratton ni sahaja.Maksudnya, mungkinkah Cik Stratton ini cuba membuat satu evolusi tentang persepsi muslimah berhijab?Apabila buku ini telah dihadam oleh masyarakat dunia, sudah tentu mereka akan menganggap wanita berhijab ini sama sahaja dengan wanita-wanita seksi dan rosak akhlaknya seperti yang sinonim di Barat, malah sekarang di seluruh dunia termasuk bumi bertuah Malaysia.

Sebelum saya lebih mendiskriminasikan buku ini dan penulisnya, saya ingin membuat satu penjelasan.Sebenarnya tujuan saya adalah supaya masyarakat di luar sana lebih berhati-hati dalam membuat penilaian, dan sesungguhnya berhijab/bertudung itu merupakan tuntutan agama, bukanlah suatu fesyen atau trend semata-mata.Sekadar renungan dan rujukan :

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan menahan kemaluanmereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(Surah An Nur- ayat 31)

Jadi jelas dan nyata- ini merupakan tuntutan Allah demi kebaikan dan keselamatan muslimat itu sendiri, dan bukannya rekaan duniawi atau trend semata-mata.Noktah.

Tapi apapun terjadi, kita sebagai golongan pemikir jangan cepat melatah.Kewujudan dakyah sebegini menggambarkan keruntuhan akhlak yang terjadi terutama di kalangan generasi muda umat Islam di seluruh dunia.Walaupun berhijab, lihat sahaja apa yang sebenarnya mereka fikirkan dan fahami seperti yang direncanakan oleh Allegra Stratton ini(wallahua’lam, sekiranya analisisnya benar dan boleh dipakai).Kalau mahu contoh, tak perlu kita pergi jauh sehingga di Timur Tengah sana, cukup lah di bumi bertuah Malaysia ini.Pada masa ini, muslimat yang bertudung sempurna boleh dikira jumlahnya, sedangkan yang lain bertudung separuh,ikat-ikat sahaja, hanya skaf memadai dan sebagainya.Apa maksud bertudung sempurna? Bagi saya definisi mudah adalah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan, dan melabuhkan tudung sewajarnya.Jadi bolehlah kita cermin diri dan hiasi peribadi kita semua, wahai muslimah sekalian..

Jelas, sebenarnya kita sendiri memancing golongan bukan Islam ini untuk mencari kelemahan kita seterusnya dijaja ke masyarakat, sehingga akhirnya kita sendiri terpengaruh dengan dakyah mereka ini(nauzubillah).Akhir kata, persiapkanlah diri kita sewajarnya sebelum kita turut menjadi korban dakyah halus dan penuh perangkap ini.Wallahua’lam.

C'MON MUSLIMAH, LET'S MOVE IT!!