Thursday, July 20, 2006

KITA


Semenjak dua menjak ni macam2 benda terjadi kat kita..dan kita rasa kenapalah kita yang dipilih untuk terima dugaan macam ni.padahal kita patut syukur laa Allah pilih kita untuk tempuh dugaan macam ni, agar kita kuat semangat dan pandai buat keputusan terbaik untuk diri sendiri.memang betul orang cakap, waktu internship ni memang waktu yg mengajar kita erti kehidupan.bukan setakat kelainan alam pekerjaan, bebanan kerja dan sebagainya tapi kehidupan sebagai manusia biasa.tambahan pula kita ni saja duduk jauh dari rumah.kalau sebelum ni ayah kita yang sibuk bayar bil kita, maintainance kereta, bagi elaun, beli barang keperluan harian, bayar saman kita..dan macam-macam lagi..sekarang semuanya kena buat sendiri.terasa pelik jugak kena pegi sendiri balai polis settlekan satu kes kita..ulang alik pula tu dan jumpa sendiri pakcik polis yang memang baya-baya ayah kita.tak suka pegi balai…
haritu tayar pancit pulak, kita walaupun pernah tengok orang tukar tayar pancit tapi tak berani nak buat sendiri.kena la telefon pomen suruh tukarkan tayar..benda ni semua biasa terjadi kan tapi yang sakitnya semua berturut-turut.mungkin kita banyak sangat dosa kot, Allah bayar cash je kat dunia.sebelum tu kita demam dan kena food poisoning jugak.ni pertama kali kena food poisoning..perasaan sakit tak payah cakap la kan.satu hari tak larat pegi ofis, dah laa lapar pulak tu tapi tak boleh makan sebab rasa nak muntah.biasala simptom2 food poisoning lain..masa tu rasa cam tak lama je lagi hidup kat dunia ni.punya laa sakit.
Lepas kes kita tu, kita pegi check kat workshop takut effect tayar,ye la alignment lari ke tak balance ke.ayah kita siap call suruh buat balancing lagi, in case apa-apa jadi kan.kita pun hantar kat workshop konon suruh dia tengok2 kan.actually takde apa pun yg terjejas (selain kesan calar teruk dan kemik sikit tu la) tapi dia check2 tayar, kata tayar NBF dah pecah2 sebab slalu long distance.fikir balik nak gelak pun ada.yella, bila NBF dapat kat kita baru laa start dia long distance.masa ma kita pakai dulu mana ada.kalau kita teragak nak drive balik rumah, kita drive je la dari tronoh gi seremban.pastu skarang ke penang pulak.haritu dari penang ke utp.kiranya main teragak je, drive je la. Check benda2 basic je la, stakat angin tayar, minyak hitam, minyak petrol semua2.basuh NBF kalau rajin.haha.bukan la, kalau ada masa.kita kan busy kat utp, slalu tak sempat basuh keta.kesian NBF.huhu
Berbalik cerita tayar pecah tadi,sebenarnya bukan tayar pecah.tayar tu bunga dia dah pecah2 sebab slalu long distance.apek tu kata NBF tak penah tukar tayar sejak beli.setakat alih tayar blakang ke depan, tu je.pastu apa lagi, NBF pun ditukar tayarnya 4 bijik sekali.pergh gila sungguh.sampai kita terpaksa pinjam kereta apek tu nak gi ambik duit kat bank.cuba laa bayangkan berapa harga tayar kereta size kembara (tak ingat berapa inci) bridgestone 4 bijik..aduih sakit gak la rasa kuar duit.tapi takpe, harta dunia kan….huhu
Lepas tu check2 lagi mekanik tu kata minyak gear (auto) kita dah teruk..hitam legam.kena tukar minyak ATF tu.kalau tak nanti lama2 gearbox boleh rosak.kalo gear box karang, harga beribu pulak nak tukar.so ON je la tukar..memang hitam legam pon minyak tu.memula aku ingatkan tu minyak hitam.haha tak berapa pandai betul perempuan dalam hal2 lelaki ni..memula try laa 5 liter nk merahkan balik minyak tu, skali takde effect..abang tu try sampai 15 liter baru ada perubahan.kemudian tukar brake pad lagi sebab brake pad dah haus.kopak laa kita bulan ni…bayar saman lagi.aduhai..tapi takpe, harta dunia je semua ni…tak kisah.huhu
Takyah la kita cerita kan berapa duit yang habis untuk benda2 ni.tayar 4 bijik, minyak ATF 15 liter, brake pad…perghh kesimpulannya sakit gak nak membayar.takpe, kekadang rasa gak perkara2 yang ayah kita selalu rasa sebab dia yang selalu tanggung expenses macam ni.maybe you guys out there yg baca blog ni rasa cerita kita ni apalah sangat kan..tapi bagi seorang perempuan cam kita this whole thing is really SOMETHING…a lot can be learnt from the experience..itupun kita ni kira independent woman laa gak(kita perasan kot?haha), kalau girls seusia kita yang lain mesti dah down dah.Tapi Alhamdulillah the best part is kes kita dah setel dah..lepas ni takyah fobia n fikir2 lagi pasal ni.mesti ada yang tertanya kes apa kan? Haha kes tu biarlah rahsiaaaa….haha(tiru CT, tapi CT tak rahsia lagi laa kan sebab dh konfem kawin Datuk K).kesimpulannya :
1) cabaran dan dugaan mematangkan fikiran
2) duit jangan sayang sangat..harta dunia je tu…cari duit takpe sebab mmg keperluan..jgn jadi hamba duit dah la
3) Banyak2 sabar internship ni…..hihiihi baru sebulan lebih dah rasa camni…lagi 7 bulan?? Ahhaahaa be tough girl, get rough!! hahaa

3 comments:

Ainul Hafiz said...

"maybe you guys out there yg baca blog ni rasa cerita kita ni apalah sangat kan..tapi bagi seorang perempuan cam kita this whole thing is really SOMETHING…a lot can be learnt from the experience.."

Consider urself lucky to learn those things... I am a man (if I can justify my age as one) who don't even know a thing about car maintenance... takat check minyak itam.. check air bateri.. tu je laa reti...

"Tapi Alhamdulillah the best part is kes kita dah setel dah..lepas ni takyah fobia n fikir2 lagi pasal ni.mesti ada yang tertanya kes apa kan?"

Kes ape? Ngaaa? kena saman ngan polis ke ape? (demm.. teringat kene saman ngan pak gad hari last ada kat utp arituh pasal parking kat blok.. huhuhu)


"sebelum tu kita demam dan kena food poisoning jugak.ni pertama kali kena food poisoning..perasaan sakit tak payah cakap la kan.satu hari tak larat pegi ofis, dah laa lapar pulak tu tapi tak boleh makan sebab rasa nak muntah.biasala simptom2 food poisoning lain..masa tu rasa cam tak lama je lagi hidup kat dunia ni.punya laa sakit."

ngaa... tak pernah kene sakit combo camtuh... wuuu.. bila sakit kita teringat rahmat supaya tak kufur nikmat... tapi tak elok cakap 'dah tak lama hidup kat dunia ni' eventhough we do need to remember death..

"2) duit jangan sayang sangat..harta dunia je tu…cari duit takpe sebab mmg keperluan..jgn jadi hamba duit dah la"

duit jangan sayang sangat? hurmm.. nak beli enpon baru tak tebeli2.. nak beli printer baru.. nak beli external harddisk.. nak beli jersy... nak beli kaset2 lagu.. nak beli mp3 player.. nak cat kete tuka kaler terus.. nak gi saloon.. nak beli boot baru (yang harga die rm 729).. nak tempah suit satu.. nak nak nak..

patut sayang duit ke camni?

"Ahhaahaa be tough girl, get rough!!"

Hey, isn't that just the ordinary YOU?


footnote: Heran tengok ko guna kata ganti diri nama "kita"

Shahira I. said...

actually rasa klakar gak guna ganti nama kita kat blog. aku try immitate ade blog sorang kawan ni.so just nak rasa camne tulis blog guna `kita'.haha agak klakar juga..anyway i'll make another post bout this, coz mesti ramai yg heran kan.hahaa~

Anonymous said...

huhu shah...igt kite sowang jek yg alami mende camni..kite pon entah dah bape duit abes spjg las sem..tak sangka la plak dis sem pon nk buat hal lagi kete tu (semua tanggung sendiri)..
huh sampai org wokshop pon dah leh cam dah muka ni...
tuhla kite pon anggap ni dugaan dari Allah..ade lalai kot kepada-Nya...tp btol la..experience camni mmg bawak meaning yg besar dalam hidup..walaupon ade satu hari tuh sampai down gile..tatau nak cakap ape dah(sebab banyak sgt dah dugaan)...tapi bile pk2 balik tu dugaan sebab Allah sayang kat kita sebagai hamba Nya rase tenang balik..Alhamdulillah..
Oklah shah..all da best intern all always be tough ;p