Wednesday, June 28, 2006

Dunia terbalik~

`Kalau pelajar perempuan pun dah kena belasah dengan pelajar perempuan, ular yang boleh bersalin kulit pun tak pelik lagi…’ (rujuk akhbar-akhbar utama hari ini, 28 Jun 2006 tentang seorang pelajar perempuan parah dibelasah 12 orang rakannya dan spesis ular baru yang boleh bertukar kulit ditemui di Indonesia)

Sebenarnya kata-kata tu saya dengar pagi tadi dalam ruangan Malaysia Hari Ini, TV3 ulasan pengacara yang selalu buat laporan 999 tu.Terfikir juga, memang betul sangat apa yang dia cakap tu.Kenapa sekarang pelajar perempuan pun dah berani belasah orang lain?(lepas ni mungkin perempuan belasah lelaki pulak, siapa tahu kan?)..sebenanrya dunia kini memang sangat-sangat berubah.cuba kita bandingkan dengan suasana 10 tahun dulu.Memang dah lain langsung.Benda pelik, ajaib, ridiculous, daring, semua dah terjadi.tak kisah dari aspek kehidupan manusia, akhlak, , moral, ideologi dan sebagainya semua dah terbalik.Kalau tak percaya baca je suratkhabar harian,(read:setiap hari baca, baru nampak kesannya) dan kita semua boleh tengok betapa peliknya dunia zaman sekarang…

No comments: